in

“Sedapnya mengata” – ‘Grammar’ Teruk, Mesej Kepada Ex-GF Jadi Bahan Jenaka 4 Sekawan

Kutuk Mesej Ex 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suka ataupun tidak, terdapat satu tanggapan di mana seseorang itu dilihat pandai jika boleh berbahasa Inggeris dengan sempurna.

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan empat orang gadis bertindak membahan atau dengan kata lain mengejek satu mesej yang dihantar kerana tatabahasanya (grammar) tidak betul.


Difahamkan, empat orang gadis itu bertindak sedemikian kerana pesanan itu diberikan oleh bekas kekasih salah seorang daripada mereka.

“Weh korang kalau korang break up kan, make sure English korang betul tau, kawan-kawan dia bukan b*doh tau, kawan-kawan dia pandai-pandai,” katanya.

Dalam nada yang mengejek, gadis berkenaan membaca mesej berkenaan dengan kuat sebelum disambut dengan gelak tawa kawan-kawannya yang turut berada dalam kereta tersebut.

“Eh seronoknya mengata” 

Pun begitu, video tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada netizen, ramai yang menganggap perkara itu tidak perlu dibahan atau dibuat jenaka.

Malah, ada juga yang merasakan tindakan empat sekawan itu tidak seharusnya merendah-rendahkan individu lain hanya kerana mereka tidak pandai menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul.

Cats 31

Takpe, Bahasa Inggeris kan boleh improve? 

Baca: Pelajar Saman Guru Bahasa Inggeris Gara-gara Tidak Masuk Kelas Selama 7 Bulan

Bekas Pelajar Saman Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.