Berita yang kurang enak didengar bagi hari guru tahun ini, seorang pelajar bertindak menyaman guru sekolahnya kerana didapati tidak hadir ke kelas selama 7 bulan.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, Sabah, Siti Nafirah berkata saman itu dilakukan bagi memberi kesedaran terhadap guru-guru lain agar tidak mengabaikan pendidikan murid.
“Saya katakan apa yang berlaku seperti mimpi. Saya harap apa yang saya lakukan ini akan menyedarkan sesetengah guru bahawa mereka tidak sepatutnya mengabaikan dan memandang rendah golongan bawahan serta memberikan mereka tahap pendidikan sama seperti diberikan kepada golongan atasan, itu sahaja,” katanya.
Menurut laporan Berita Harian, saman itu difailkan pada 30 Oktober 2018, Siti Nafirah menamakan bekas gurunya, Mohd Jainal Jamrin sebagai defendan pertama kes samannya itu.
Selain itu, Pengetua SMK Taun Gusi, Suid Hanapi; Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud; Pengarah Pendidikan Sabah; Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, masing-masing sebagai defendan kedua, ketiga, keempat dan kelima.
Difahamkan, tiga orang lagi bekas pelajar lain dari sekolah yang sama turut memfailkan saman terhadap guru Bahasa Inggeris yang sama. Keputusan untuk kes mereka akan disampaikan pada 18 Julai.
Baca: Peka Dengan Cuaca, Guru OKU Dipuji Sediakan Balang Air Minuman Untuk Murid