Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mencuri perhatian netizen setelah tampil dengan video masakan baharu.
Selepas sebelum ini pernah berkongsi pelbagai resepi menarik, kali ini beliau memuat naik video di akaun TikTok miliknya yang menunjukkan cara memasak tumis kacang panjang tempe.
Menerusi video berdurasi 28 saat itu, Ahmad Maslan dilihat sedang menumis kacang panjang dalam sebuah kuali di dapur rumahnya.
Menurut beliau, resipinya mudah sahaja. Korang hanya perlukan kacang panjang, tempe, bawang, cendawan, tomato, ikan bilis, perisa, garam secukupnya dan minyak masak.
“Memasak sendiri adalah hobi yang menjadi terapi kehidupan. Masakan segar dan lazat seperti ini memang memuaskan,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.
Ruangan komen pula dipenuhi dengan respons positif, memuji kerajinan Ahli Parlimen Pontian itu yang masih sempat memasak meskipun sibuk dengan tugas rasminya.
@ybahmadmaslanMasak sendiri adalah hobi yg jadi terapi kehidupan, segar & lazat seperti hasil masakan itu.
Artikel berkaitan: PH & BN Bakal Bergabung? Mat Sabu & Ahmad Maslan Tiba di Seri Pacific Untuk Pertemuan Khas
Artikel berkaitan: Saya rasa memarut kelapa tadi tu dia tak perasan – Ahmad Maslan Perjelas Orang ‘Educated’ Lagi Faham PRU-15 Patut Dijalankan
Paling mencuit hati adalah komen-komen berbentuk permintaan dan cadangan daripada netizen untuk resepi baharu.
“Terbaik, Datuk!” tulis seorang pengguna bernama Ice Lemon Tea.
“Datuk, cuba buat nasi goreng planta. Confirm sedap!” cadang seorang lagi pengguna.
“Untung isteri Datuk dapat suami pandai masak,” tambah Faridah.
Video berkenaan ternyata mendapat sambutan hangat daripada netizen dengan lebih 4,000 tanda suka dan lebih 600 perkongsian setakat ini.
Rata-rata berharap agar Ahmad Maslan terus menghasilkan video memasak lain pada masa akan datang. Mana tahu, hobinya itu akan jadi inspirasi buat orang ramai.
Siapa tahu, mungkin lepas ini kita boleh tengok beliau cuba masakan tradisional yang lebih mencabar?
Sumber: Tiktok YB Ahmad Maslan