in

PH & BN Bakal Bergabung? Mat Sabu & Ahmad Maslan Tiba di Seri Pacific Untuk Pertemuan Khas

Pertemuan Bn Ph Di Seri Pacific

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persoalan mengenai parti manakah yang berjaya membuat gabungan majoriti dan sekaligus membentuk kerajaan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini masih lagi tergantung hingga sekarang.



Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong memberi masa sehingga jam 2 petang ini (Isnin) untuk ketua parti dan gabungan yang menang ‘banyak kerusi’ memaklumkan kesepakatan mereka dengan parti lain serta menamakan calon Perdana Menteri.

Istananegara21Nov 1668993463

PH bakal bergabung dengan BN untuk capai majoriti 112 kerusi? 

Namun menurut The Sun, pemimpin dari parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sedang membuat pertemuan hari ini pada jam 10 pagi di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Sumber mengatakan bahawa PH dan BN akan membuat satu pertemuan khas namun tidak didedahkan pertemuan tersebut mengenai apa.

Ura-ura mengenai isu ini dikuatkan lagi dengan kehadiran Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO dan Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara di lokasi.

Dalam video yang dimuat naik wartawan CNA, Melissa Goh di Twitter, Ahmad Maslan dilihat sedang menjawab soalan dari wartawan sebelum kamera beralih ke Mat Sabu yang baru tiba di Seri Pacific pada masa yang sama.

Bila disoal sama ada Zahid satu-satunya ahli Parlimen yang mahu bekerjasama dengan PH, Mat Sabu menjawab,

Everything ask Anwar,” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, tidak diketahui apakah keputusan di sebalik pertemuan tersebut. Namun jika ia membawa kepada penggabungan kedua parti tersebut, keputusannya nanti akan kita ketahui pada jam 2 petang nanti.

Sama-sama kita nantikan ya… 

Baca: PRU15: BN Tidak Pernah Berunding Dengan GPS untuk Beri Persetujuan Penubuhan Kerajaan Bersama PN – Zahid

Zahid Pru 15

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.