in

“Sebenarnya kawan baik?”- Ini 6 Fakta Menarik Tentang Rancangan Kartun Paling Legend Tom & Jerry!

F3 Tom J

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang masih ingat dengan rancangan kartun popular Tom and Jerry yang mengisahkan tentang kehidupan seekor tikus dan kucing yang sering bergaduh? Sampai sekarang kalau kita nampak ada kucing yang kejar kucing, mesti kita akan panggil haiwan tu Tom & Jerry kan. 


Tapi, tahukah anda fakta-fakta menarik tentang kartun kucing dan tikus tersebut? Kalau belum tahu, jom semak fun facts yang kami nak kongsikan ini.

#1 Tom & Jerry bukanlah nama original rancangan itu 

Menurut laman web eatmy, pencipta kartun ini iaitu sebenarnya ada beri nama lain pada dua karakter ini. Tom pada mulanya dipanggil sebagai Jasper manakala Jerry pula asalnya tidak dinamakan dan hanya dipanggil sebagai Jinx oleh juruanimasinya.

Tom J2

Kemudian, sebuah pertandingan dianjurkan untuk memilih nama baru kepada kedua-dua watak itu dan nama Tom & Jerry itu diberi oleh salah seorang juruanimasi iaitu John Carr yang menjadi pemenang.

#2 Banyak kali menang Anugerah Oscar

Punya lah hebat plot kartun ini, rancangan ini pernah tercalon sebanyak 13 kali dalam Oscar untuk kategori kartun pendek terbaik dan menang tujuh daripada pencalonan tersebut.

#3 Wajah tuan Tom hanya pernah didedahkan sekali sahaja 

Karakter Mammy Two Shoes sering kali dirujuk sebagai tuan kucing bernama Tom dan dia selalu pening kepala kena hadap pergaduhan Tom dan Jerry.

Wajah wanita itu dikatakan hanya pernah ditunjukkan sekali sahaja dalam salah satu episod kartun itu.

#4 Dah berusia 82 tahun pada 2022 

Untuk pengetahuan korang, kartun ini mula ditayangkan pada 1940 dan pada tahun ini, ia telah berusia 82 tahun! Dah lama betul kan, atok kita pun baru lahir time tu. 

Tom J3

#5 Ending Tom & Jerry sangat tak dijangka 

Mesti ramai yang tak tahu kan, pengakhiran Tom & Jerry sedih dan agak ‘gelap’ sebenarnya sebab kedua-dua haiwan itu membunuh diri di landasan kereta api.

Namun, episod tersebut katanya tidak pernah ditayangkan.

#6 Tom & Jerry sebenarnya kawan baik? 

Yang ini pula bukan fakta tapi lebih kepada teori peminat sahaja. Menurut laman web RepublicWorld.com, pernah viral sebelum ini tentang sebuah posting di Reddit di mana ada yang kata kucing dan tikus kegemaran ramai itu sebenarnya best friends.

Tom sebenarnya sayang kat Jerry namun dia terpaksa berpura-pura tak suka sebab nak lindungi Jerry.

Ini kerana Jerry kan makhluk perosak yang tidak digemari oleh manusia, jadi Tom akan berpura-pura kejar Jerry di depan tuannya.

Barulah tuan rumah tu tahu yang Tom tak suka kehadiran tikus itu, jadi dia tak akan ganti Tom dengan kucing lain yang akan betul-betul bunuh Jerry.

Nampaknya teori ini dipercayai oleh kebanyakan penonton setianya sebab ada beberapa episod yang menunjukkan Tom dan Jerry hanya akan bergaduh dan kerjakan satu sama lain apabila ada orang lain di sekitar mereka.

Boleh jadi jugak tu kan? 

Baca: “Hampir dipanggil sebagai Mr. White”- Paling Legend, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Siri Popular Mr.Bean 

Tom J1

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.