in

“Hampir dipanggil sebagai Mr. White”- Paling Legend, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Siri Popular Mr. Bean

F3 Mr B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang pernah menjadi penonton setia siri popular British iaitu Mr.Bean mesti familiar kan dengan muzik pembukaan rancangan itu? Kalau korang dah ingat-ingat lupa, tonton dulu video ini.


Menggamit memori betul kan muzik tu? Mana taknya zaman dulu-dulu kita mesti akan terhibur tonton Mr.Bean setiap minggu.

Oleh itu, kali ini kami nak kongsikan dengan anda semua tentang enam fakta unik tentang rancangan Mr.Bean yang telah dicipta oleh Rowan Atkinson yang membawa watak Mr.Bean bersama Richard Curtis. Jom kita semak satu-satu.

#1 Mr.Bean telah ditayangkan hampir di seluruh dunia iaitu kira-kira di 200 negara

Siri ini tidak mempunyai masalah untuk ditayangkan di negara asing kerana karakter Mr.Bean itu sendiri tidak banyak bercakap.

Ini kerana komedi itu disampaikan kepada penonton melalui aksi fizikal Mr. Bean. Jadi, dialog tak perlu diterjemahkan pun ke dalam bahasa asing sebab tengok macam tu pun dah faham apa yang nak disampaikan olehnya.

Mr B 3

Menurut Rowan Atkinson, dia menganggap watak Mr.Bean merupakan seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam badan seorang lelaki dewasa.

#2 Rancangan Mr.Bean hanya ada 14 episod sahaja 

Walaupun kita rasa macam siri ini ada banyak episod, namun sebenarnya pihak produksi hanya menghasilkan 14 episod sahaja untuk live action nya.

#3 Nama asal bukan Mr.Bean, tapi nyaris dinamakan sebagai Mr.White 

Tahukah anda sebelum pihak produksi memutuskan untuk menamakan siri TV ini sebagai Mr.Bean, mereka sebenarnya ada idea untuk namakannya sebagai Mr.White?

Mr B 4

Selain itu, mereka juga ada berkira-kira untuk namakan karakter itu dengan nama sayuran seperti Mr.Cauliflower.

Namun, nasib baik, akhirnya mereka putuskan nama siri itu sebagai Mr.Bean sebab kalau nama Mr.Cauliflower macam tak best pula bila disebut kan.

#4 Nama pertama Mr.Bean ialah Mr 

Seperti yang kita sedia maklum, orang barat memiliki nama pertama dan nama keluarga yang diwarisi daripada ayah mereka. Namun, disebabkan Mr.Bean dipanggil dengan nama tersebut sahaja, ramai yang fikir bahawa dia tidak memiliki nama pertama.

Mr B2

Namun, jika anda perasan, ada satu babak di mana penonton boleh melihat passport Mr. Bean dan di dalamnya ada tertulis bahawa nama pertamanya atau given name ialah MR.

#4 Ada sebab kenapa Mr.Bean tidak bercakap 

Ramai juga yang menggangap Mr. Bean ini bisu kerana karakternya yang tidak banyak berkata-kata.

Walau bagaimanapun, menurut The Things, karakter itu tidak bercakap kerana Rowan Atkinson itu sendiri mengalamai masalah gagap ketika zaman mudanya.

Selain itu, Rowan Atkinson juga dikatakan mahu mencipta satu watak komedi di mana semua orang boleh faham lawaknya tanpa perlu penterjemahan.

#5 Rowan Atkinson alami sakit belakang selepas rakam babak episod ‘Christmas Turkey’ 

Antara episod yang paling kelakar dalam Mr. Bean ialah episod sambutan krismas di mana kepala Mr.Bean tersekat dalam ayam turki yang bersaiz besar ketika dia sedang menyediakan hidangan istimewa itu.

Namun, tahukah anda bahawa Rowan Atkinson mengalami sakit belakang selama beberapa bulan selepas babak tersebut dirakamkan?

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh pelakon tersebut kerana prop ayam turki tersebut adalah sangat berat.

#6 Terdapat beberapa babak yang telah dipadam & tidak ditayangkan di TV 

Seperti kebanyakan rancangan televisyen yang lain, Mr.Bean juga mempunyai beberapa babak yang telah dipadam. Nak tahu scene yang mana satu? Ha, tonton dulu video YouTube Classic Mr Bean ini.

Memang legend betul Mr.Bean ni sebab dia mampu hiburkan penonton tanpa bercakap sepatah perkataan pun! 

Sumber: Mental Floss

Baca: Peminat Harry Potter Wajib Tahu! Ini 7 Fakta Menarik Tentang Behind The Scenes Filem Itu 

Mr B1

Sumber: Mirror UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.