Sebelum Wujud Media Sosial, Ini 12 Game Oldschool Yang Hanya Budak 90an Akan Ingat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Jarang dah korang nampak budak zaman sekarang main kat luar rumah kan. Dorang lebih suka main game kat handphone atau layan media sosial macam Twitter, Instagram atau Facebook untuk kumpul banyak followers. Tak sama dengan budak 90-an dulu, dorang memang ada cara yang berbeza untuk enjoy dengan kawan-kawan yang budak 2000-an mungkin takkan faham! Entah-entah dengar pun tak pernah pasal permainan ni.

Ini kami senaraikan 12 cara macam mana budak 90-an enjoy dengan kawan-kawan sebelum wujudnya media sosial seperti sekarang.

 

1. Galah Panjang

Sumber: Blog

Permainan ni antara yang paling riuh kalau main dengan geng yang ramai. Senang je kalau nak main galah panjang ni. Firstly, korang kena lukis petak gelanggang atas tanah lapang guna kapur ataupun arang. Lepas tu kena pilih ketua dan anak buah masing-masing.

Anak buah kena jaga gelanggang dorang dari dimasuki pihak lawan dan kalau pihak lawan terlepas sampai garisan paling last sekali, dorang lah pemenang. Tapi kalau penjaga gelanggang dapat sentuh badan korang, tu tandanya korang out dan kena keluar gelanggang. Lagi best game ni kalau main kat kampung atau masa majlis kahwin. Havoc wehh! 

 

2. Baling tin

Sumber: Blog

Sebab orang dulu takde duit sangat nak beli apa-apa kat kedai, so dorang kutiplah tin-tin kosong dekat tong sampah untuk jadikan permainan. Tin-tin ni disusun jadi bentuk piramid. Lepas susun pemain kena baling selipar untuk jatuhkan piramid tin tu. Paling legend kalau korang dapat baling tin paling atas. Kalau terkena tin bawah, korang kena susun balik tin kan?

Paling stress masa nak susun tin, pihak lawan akan baling selipar kat korang untuk elak dari tin disusun semula. Kalau berjaya susun, geng koranglah pemenangnya. Yeay! Permainan ni pun boleh disamakan dengan game baling selipar macam kat bawah ni.

Gambar hiasan

 

3. Konda-kondi

Game ni memang nampak macam simple tapi susah lah jugak nak main kalau tak pandai pukul. Mula-mula korang kena korek lubang sikit dan letak kayu kecil secara melintang kat atas lubang tu. Lepas tu, pemain kena jongkitkan kayu tu guna satu kayu lain dan pukul kayu tadi balik untuk dielak ia dari ditangkap pihak lawan. Memang bunyi macam complicated sikit tapi ni game ni antara yang popular lah zaman dulu-dulu.

 

4. Roundas / Rounders

Sumber: Twitter

Asalnya permainan ni macam main game baseball je, sebabnya ada seorang pemain akan baling bola kecil dan ada seorang pemain lagi akan cuba pukul bola tu. Tapi kalau bola tu tak dapat dipukul, akan ada sorang pemain pulak yang cuba menangkapnya. Dalam cerita Doraemon, Nobita, Giant dengan Sinyu suka sangat main permainan baseball atau bola lisut ni.

Tapi sekarang memang jarang dah orang main. Orang dulu siap buat pemukul kayu roundas ni sendiri lagi guna kayu rambutan atau papan yang tebal sikit supaya senang nak memukul.

 

5. Main getah

Sumber: Blog

Kebanyakan game-game kat atas ni lelaki je yang main kan? Mana game orang perempuan? Haa lompat getah ni antara permainan orang perempuan yang paling femes zaman sekolah dulu. Admin ingat lagi, kalau time rehat je mesti ramai budak perempuan Cina, India dan Melayu nak main lompat getah.

Permainan ni senang je. Mula-mula korang kena ada tali getah yang dah siap diikat. Lepas tu dua pemain kena naikkan paras tali getah bermula daripada buku lali sampailah ke telinga (ada yang extreme sampai kepala) untuk kawan korang lompat lepasi paras tali tu untuk jadi pemenang. Champion game ni selalunya atlet perempuan kat sekolah.

 

6. Main ‘pukul berapa datuk harimau’

Sumber: Blog

Budak-budak suka sangat permainan yang ni. Mula-mula korang kena pilih antara kawan yang mana nak jadi ‘Datuk Harimau’. Lepas tu kawan-kawan yang lain akan berdiri belakang Datuk Harimau dan menyanyi ‘Pukul berapa Datuk Harimau?’. Datuk Harimau kenalah jawab, pukul 1 ke, pukul 3 ke… sampailah dia jawab ‘Pukul… aku lapar’ dan serang budak-budak yang berdiri kat belakang dia.

Kalau kena tangkap tu kira kalahlah sebab korang kena makan dengan Datuk Harimau. Yang menang pulak budak-budak yang pantas larikan diri dan bijak menyorok. Masa kecik best main game ni! 

 

7. Tarik Upih

Sumber: Blog

Permainan yang ni budak-budak kampung je boleh main tau. Haa kat bandar mana nak jumpa upih kan? Permainan senang ni je. Korang dengan kawan akan race main upih dan siapa yang sampai dulu kat destinasi yang ditetapkan. Sorang akan duduk atas upih dan sorang lagi jadi tukang tarik. Yang nak jadi tukang tarik tu kenalah badan besar sikit ye. Kalau tak, memang tergulinglah korang nak tarik kawan tu tambah-tambah pulak yang saiz gedempol. Pengsan!

 

8. Police entry

Sumber: Blog

‘Polis entry one two jaga, polis mati pencuri jaga!’ 

Korang mesti ingat lagi kan lagu ni? Game ni selalunya lelaki dan perempuan main sama-sama. Firstly, kawan-kawan semua akan kumpul dan nyanyi lagu ni dua kali untuk pilih siapa jadi polis dan pencuri. Bila dah dapat pencuri dan polisnya, kawan-kawan yang lain pulak akan duduk dalam penjara sebagai kawan pencuri. Yang jadi polis kena tangkap pencuri sampai dapat. Trick game ni ialah jangan bagi pencuri tadi ‘sep’ kawan dia yang dalam penjara tu. Kalau seorang atau dua terlepas, polis kena tangkap lagi ramai pencuri. Susahlah kan! 

Anyway ni lirik asal lagu polis entry yang sebelum ni di’Melayu’kan dari lagu Inggeris:

“Police and thief went to jungle. Police catch thief, thief runs away!”

 

9. Teng teng

Sumber: Blog

Teng teng atau nama formal dia ketinting ni permainan yang disukai budak perempuan. Kalau rumah pemain kat kampung dan bertanah pasir, lagi senang lah nak lukis gelanggang teng teng guna jari je dan tak payah nak cari kapur atau arang. Korang yang nak main kena lompat kesemua petak guna sebelah kaki kecuali petak kesembilan dengan dua belah kaki. Kalau pemain terpijak garisan, kiranya korang dianggap mati dan pemain lain boleh ambik giliran.

 

10. Main buah letup

Sumber: Blog

Jaga-jaga kalau kena baling buah ni. Macam namanya letup, memang meletup-letuplah ia kalau kena kat kulit korang. Budak-budak main game ni guna buluh untuk dibuat pemegang dan diisi dengan buah ni. Lepas tu dorang akan baling kat target, macam contoh tok imam ke, ketua kampung atau kawan-kawan lain dengan tujuan untuk mengusik. Haishh macam-macam akal ye budak zaman dulu! 

 

11. Main masak-masak

Sumber: Pinterest

Mana-mana budak perempuan kalau tak main permainan ni memang tak sahlah. Mungkin sekarang orang main Cooking Mama kat tab kan, orang dulu hampir guna barang real untuk main masak-masak. Habis daun kat kebun nenek tu dicabut nak buat masak-masak. Kadang-kadang kucing pun jadi mangsa konon-konon nak buat jadi kambing kena sembelih. Hadoiii sabar jelah! 

 

12. Main kahwin-kahwin

Sumber: Blog

Ecececeh… budak lelaki dan perempuan yang main game ni dulu mesti tengah sengih-sengih kan. Berangan je lebih masa tu konon nak bersanding olok-olok dengan crush kat kampung. Tapi bila dah besar, mesti masing-masing malu nak tenung mata. Tak ramai jugak yang berjodoh dengan kawan yang jadi teman bersanding olok-olok ni. But if korang berkahwin, ternyata jodoh korang memang kuat. Sweet angat! 

Antara banyak-banyak permainan ni, yang mana satu korang pernah main? Kongsikan bersama kami di ruang komen! 

Baca: Ingat Lagi Tak Pantang Larang Nenek Moyang Kita Dulu-dulu? 7 Ni Yang Paling Femes!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!