in

Ingat Lagi Tak Pantang Larang Nenek Moyang Kita Dulu-dulu? 7 Ni Yang Paling Femes!

Saveebe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang melayu ni bukan je terkenal dengan kekayaan budaya, pantang larangnya pun banyak. Kalau zaman dulu-dulu, mesti korang pernah dengar datuk or nenek larang korang buat itu, buat ini. Semuanya tak boleh buat dan ada sajalah sebab di sebalik larangan dia tu.


Ni kitaorang ada senaraikan tujuh pantang larang zaman nenek moyang kita dulu-dulu, korang ingat lagi tak?

 

1. Jangan mengintai, nanti ketumbit

Ni boleh kata salah satu pantang larang paling popular kita pernah dengar dari datuk nenek kita. Katanya kalau kita mengintai orang tengah mandi, mata kita akan naik ketumbit. Sebenarnya mengintai memang perbuatan yang salah, tapi susah nak explain kat kanak-kanak. So orang tua dulu-dulu guna penyakit mata ketumbit untuk takutkan budak supaya tak mengintai dah lepas tu.

A11
sumber: astro awani

 

2. Jangan potong kuku malam, nanti miskin

Tak boleh potong kuku malam-malam, nanti jadi miskin! Pernah dengar tak nenek moyang korang cakap ni? Asal nak potong kuku malam je dorang tak kasi, sebab takut kita jadi miskin. Sebenarnya dulu-dulu kan takde pencahayaan yang elok dalam rumah, so bahaya dan boleh cederakan diri kalau potong kuku malam-malam. Sebab tu lah dorang taknak bagi kita potong kuku malam-malam.

Yukel
sumber: yukepo

 

3. Jangan menyanyi kat dapur, nanti kahwin lambat

Ni satu lagi. Yang ni selalu yang perempuan la kena. Sebab perempuan kan selalu masuk dapur nak masak. Katanya tak boleh nanyi kat dapur, sebab nanti kahwin lambat ataupun dapat kahwin dengan lelaki tua. Sebenarnya dorang taknak korang tu seronok nyanyi sampai lupa tengah masak atas dapur dan taknak air liur tu masuk dalam makanan nanti.

33 1
sumber: blog

 

4. Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul

Siapa tak pernah dengar ni tipu la. Kecik-kecik dulu confirm korang pernah duduk atas bantal lepas tu kena marah dengan nenek, kan? Nenek cakap nanti punggung naik bisul, betul tak? Sebenarnya dulu-dulu kualiti bantal tak sama dengan bantal zaman sekarang ni. Dah la buat dengan kekabu, lepas tu sarung dia tu jahit sendiri pulak. Kalau kita duduk-duduk atas tu, rosak la jahitan habis terkeluar kekabu dalam tu.

Bantal
sumber: inovasee

 

5. Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti kudung

Sekali dengar boleh confuse kejap mana kaitan tunjuk pelangi dengan kudung tu. Sebenarnya bila kita tunjuk pada sesuatu, selalunya kita akan guna jari telunjuk, kan? So purpose pantang larang ni is tak nak bagi korang tunjuk something guna jari telunjuk je. Seeloknya gunalah ibu jari supaya nampak lagi sopan sebab sometimes tunjuk guna jari telunjuk ni boleh nampak macam kita tengah marah.

Take
sumber: brilliant forge

 

6. Jangan meniarap naik kaki atas, nanti mak ayah mati awal

Sebab meniarap naik kaki ke atas je nanti mak ayah kita boleh meninggal? Biar betul ni?! Sebenarnya dulu-dulu ramai gadis pakai kain sarung. Jadi pantang larang ni dicipta bertujuan nak elakkan kain korang gadis-gadis semua tu daripada terselak nak nampak tak senonoh. Takde kaitan pun dengan jangka hayat mak ayah korang.

Orang
sumber: blog

 

7. Jangan makan pindah-randah, nanti kahwin ramai

Ni lagi satu. Kalau makan pindah-pindah tempat, nanti perkahwinan kita tak kekal, lepas tu dapat banyak pasangan. Sebenarnya tak sopan kalau kita makan tu pindah sana pindah sini. Kejap makan kat sana kejap makan kat sini, angkut pinggan ke hulu ke hilir. Nanti tumpah ke apa kan. Seeloknya masa makan tu jagalah adab masa makan and makan elok-elok.

Alsdjw
sumber: sentiasa panas

Oooh ada sebabnya kenapa nenek moyang kita buat pantang larang ni rupanya… 

Baca: 11 Perkara Korang Confirm Rindu Bila Teringatkan Zaman Sekolah

Nanifdd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.