in

Sebaris Dengan Park Shin Hye & Bella Hadid, Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020!

Ft Mira 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mira Filzah memang dikenali dengan keayuan dan sifat lemah kembutnya. Bukan sahaja diidami kaum lelaki, para wanita juga memandang tinggi dan ramai menjadikan dia sebagai girl crush dek kejayaan yang dikecapi walaupun di usia muda.


 

Tercalon 100 wanita tercantik

Pelakon dan pengacara terkenal ini menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

Mira2

Yang lebih membanggakan, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan figura wanita bertudung yang amat sedikit termasuk dalam pencalonan.

Seorang lagi figura bertudung yang menerima pencalonan adalah selebriti media sosial kelahiran Maghribi bernama Ihssane Benalluch.

Mira1

Bukan biasa-biasa, Mira tercalon sebaris dengan artis terkenal antarabangsa antaranya Park Shin Hye, Bella Hadid, Billie Eilish, Demi Lavato, Emma Stone, dan Song Hye Kyo!

Pengumuman tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi TC Candler. Terkini, Mira menerima lebih 16 ribu tanda like yang rata-rata memberi sokongan buat selebriti kelahiran Perak ini.

Mira7

Mira3

Mira5

Terdahulu, pelakon Fattah Amin menerima pencalonan 100 Lelaki Paling Kacak 2020 yang turut dianjurkan TC Candler, lapor Kosmo.

 

Baca : “Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020

Mira6

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.