in

“Sebak dengar muazzin menangis” – Azan Di Kuwait Diubah, Seru Penduduk Tunai Solat Di Rumah Kerana Darurat Covid-19

Untitled Collage 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan berniat untuk menimbulkan panik, tapi seluruh dunia sedang terancam akibat Covid-19 ketika ini dan kita di Malaysia juga tidak terkecuali — cuma mungkin kita masih lagi dalam keadaan terkawal.


Di Malaysia, pihak agama telah menyeru masjid-masjid mengamalkan qunut nazilah bagi menolak bala dan jangkitan penyakit berbahaya.

Dan baru-baru ini, kebimbangan mengenai peningkatan kes jangkitan dalam negara membawa kepada persoalan orang ramai — sama ada solat Jumaat boleh dihentikan buat sementara waktu seperti langkah yang diambil Iran.

Namun, bekas mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah pun mengumumkan bahawa tiada keperluan untuk solat Jumaat dihentikan ketika ini. Alhamdulillah, kita masih dapat mengimarahkan masjid.

Tapi lain pula ceritanya di Kuwait, apabila dilaporkan azan solatnya terpaksa ditukar berikutan darurat kesihatan yang melanda negara itu.

Jika kebiasaannya, kita mendengar laungan ‘hayya ‘alassolah’ yang bermaksud ‘marilah mengerjakan solat’.

Namun berikutan penularan Covid-19, pihak berkuasa mengarahkan semua masjid ditutup buat sementara waktu dan seruan azan ditukar kepada ‘assolatu fi buyutikum’ yang bermaksud ‘solatlah kamu di rumah’.

Video rakaman azan yang dilaung muazin, ada dikongsi netizen di laman Twitter.

Ini merupakan kali pertama, arahan penutupan masjid dan larangan solat Jumaat dibuat oleh negara itu.

Dalam rakaman ini pula, kalau diteliti dan dihayati dengan betul — kita akan turut menitiskan air mata setelah mendengar suara muazzin yang sebak melaungkan azan.

Ini mungkin kali pertama kita mendengar mengenai laungan azan yang ditukar ayatnya, ketika keadaan sedang darurat.

Namun, ada dalam kalangan netizen yang berkata bahawa kejadian seumpama itu pernah berlaku ketika zaman Baginda Nabi Muhammad SAW suatu ketika dahulu.

Capture 15

Etbcjgvwkaizbgp

Untuk rekod, jumlah kes jangkitan Covid-19 yang disahkan di Kuwait ketika ini meningkat kepada 80 kes. Semoga kita terhindar dari sebarang bala bencana dan penyakit berbahaya. Amin!

 

Baca: “Bukan nak tuding jari, tp tengok lah” – Netizen Ternganga Tengok Senarai Bilangan Peserta Dari Negara Luar Yang Hadir Perhimpunan Tabligh

3Tab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.