in

“Bukan nak tuding jari, tp tengok lah” – Netizen Ternganga Tengok Senarai Bilangan Peserta Dari Negara Luar Yang Hadir Perhimpunan Tabligh

3Tab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelombang kedua Covid-19 di Malaysia dikatakan berpunca dari kes-26 dan seterusnya diikuti dengan kes pertama di Brunei yang hadir dalam perhimpunan tabligh di Sri Petaling hujung bulan lepas. Kerajaan Malaysia menerusi KKM sedang giat mengesan 5,000 peserta perhimpunan berkenaan kerana dikhuatiri menghidap Covid-19 susulan kes pertama Brunei itu.


Untuk korang dapat gambaran lebih lanjut mengenai bilangan peserta, korang boleh rujuk tweet oleh @modsya kat bawah ni. Peserta yang hadir dari seluruh dunia pun bukan sorang dua tau. Jumlahnya besar!

Screen Shot 2020 03 14 At 1.27.29 Pm Screen Shot 2020 03 14 At 1.27.51 Pm

 

Bukan nak tuding jari, tapi tengok lah

Ramai betul yang hadir dari seluruh dunia. Cuba bayangkan dorang balik negara dorang, pastu berjangkit pula. Semuanuya bermula lepas dorang datang perhimpunan tabligh kat negara kita. Pastu nanti satu dunia tuduh kita, macam semua orang tuduh China waktu mula-mula wabak ni berlaku.

Screen Shot 2020 03 14 At 1.28.17 PmDah nama pun markas, memang akan jadi tumpuan lah. Admin rasa macam pernah lalu area situ, ramai betul orang, kalah orang yang pegi stadium tengok bola.

Screen Shot 2020 03 14 At 1.28.53 PmKalau orang luar pun dah ramai, apatah lagi orang tempatan kan. Iyelah, selalunya tuan rumah yang ramai, baru tetamu dari luar datang.

Screen Shot 2020 03 14 At 1.29.31 PmTempat tu memang dah wujud lama dah. Dan perhimpunan ni pun setiap tahun akan dibuat. Tapi tu lah, timing kali ni kena pulak dengan Covid-19.

Harap semua yang terlibat dengan perhimpunan ni boleh segera dapatkan saringan kesihatan lah ye. Bukan apa, nak elak lagi ramai orang terkena je. 

 

Baca: “Jangan risau kami tak lari” – Jemaah Tabligh Tunai Tanggungjawab Buat Pemeriksaan Covid-19

Screen Shot 2020 03 14 At 1.30.23 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.