in

“Sebagai wanita, saya terasa” – Sajat Perjelas Isu Salah Faham Dengan Dato’ Aliff Bukan Gimik

L3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai sedia maklum bahawa Dato’ Aliff Syukri telah mengeluarkan lagu yang turut menampilkan suara merdu Sajat. Baru-baru ini, Dato’ Aliff dan Sajat telah membuat pengambaran muzik video lagu tersebut yang berjudul Abang Nak Tegur di beberapa negara termasuklah di Sepanyol dan Turki.


Sajat 2
sumber: lobak merah

Sewaktu dalam proses pengambaran, tersebar video yang kurang enak memaparkan Sajat dimarahi oleh Dato’ Aliff kerana tidak dapat memenuhi kehendak pengarah yang inginkannya menari dengan lebih feel.

Di dalam video tersebut, Dato’ Aliff telah menempelak Sajat kerana lambat dan tidak pandai menari. Sajat kelihatan malu dan meminta Dato’ Aliff untuk tidak memarahinya di khalayak ramai tambah-tambah lagi kerana dia telah buat yang terbaik.

Sajat3
sumber: instagram

Sejurus tersebarnya video tersebut, rata-rata netizen menganggap video tersebut hanya gimik yang telah dirancang bagi mempromosikan muzik video mereka sebagaimana Nabila Razali menggunakan gimik bagi melariskan lagu Pematah Hati.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak nampak tegang kerana masing-masing memuat naik posting di Instagram bagi berkongsi rasa marah, sedih dan kecewa sepanjang proses pengambaran itu. Oh, gaduh betul ni!

Sajat4
sumber: instagram

Baru-baru ini, melalui mStar, Sajat mengakui memang ada berlaku perselisihan faham antara mereka berdua dan dia sejujurnya terasa dengan Dato’ Aliff. Dia memberitahu bahawa perbalahan berpunca mungkin kerana masing-masing penat dan mempunyai masalah tersendiri, apatah lagi Dato’ Aliff telah dirompak sewaktu di Sepanyol.

Bendanya sikit saja, tapi mungkin saya ni… Yelah sebagai wanita, saya sensitif.”

Menurut Sajat, setibanya di Malaysia, dia telah pun berbincang secara baik dengan Dato’ Aliff dan mereka berdua sudah pun bermaafan antara satu sama lain. Dato’ Aliff dikatakan telah memohon maaf kerana telah membuat Sajat terasa. Baguslah…

Sajat5
sumber: instagram

Apabila ditanya tentang kecaman yang diterima, Sajat mengakui komen-komen negatif tidak mempengaruhinya dan berharap muzik videonya akan menerima lebih banyak like berbanding muzik video lirik tersebut.

Nantikan muzik video Dato’ Aliff dan Sajat ye!

Baca: “Ni gimik je macam nak tiru Nabila Razali” – Pergaduhan Dato’ Aliff dan Sajat Sekadar Gimik MV?

Sajat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.