Pengarah ternama tempatan Syamsul Yusof memberitahu dia tetap akan mengeluarkan saman terhadap pelakon, Farid Kamil. Menurutnya, perkara itu tetap akan dilakukan bagi membersihkan namanya.
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata menerusi Berita Harian, tindakan saman pelakon tersebut bukan soal siapa menang atau kalah sebaliknya ia dilakukan untuk dijadikan pengajaran.
“Yang mana saya nak saman, tetap berjalan. Jadi, saman itu tetap diteruskan. Saya pun harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik balik saman, mungkinlah. Saya pun tak tahu.
Ini kerana apabila berdiam diri buat kerja, tiba-tiba ada orang mengganggu atau memberikan kata-kata buruk, jadi kita perlu bertindak. Saya seorang yang tenang dan tak suka ada isu dengan rakan artis kerana satu bidang.
Saya tanya apakah anda akan mengambil tindakan saman kalau ada orang mengutuk dalam media sosial, jadi saya ambil tindakan undang-undang,” katanya.
Sebelum ini, Syamsul membuat kenyataan serius mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bintang filem Lagenda Budak Setan itu berikutan kenyataan yang pernah dimuat naik dalam laman Instagram.
Dalam kenyataan Instagram tersebut, Farid mendakwa seorang lelaki pernah memukul Diana Danielle yang merupakan isterinya, namun tiada sebarang tindakan diambil.
Agak-agak berapa RM lah dia nak saman tu…
Baca: “Mesti aku saman kau la” – Syamsul Yusof Nak Heret Farid Kamil Ke Mahkamah