in

“Mesti aku saman kau la” – Syamsul Yusof Nak Heret Farid Kamil Ke Mahkamah

Ft Syamsul Yusof Heret Farid Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, aktor Farid Kamil telah mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai untuk rakan artis, Syamsul Yusof apabila dikatakan dia pernah memukul wanita yang kini isteri pelakon itu, Diana Danielle sekitar 2005.


Susulan kejadian itu, Syamsul bakal mengheret Farid ke mahkamah untuk tindakan lanjut kerana menurut Syamsul dia tidak mahu dianggap ‘pondan’ apabila hanya berani mengeluarkan kenyataan di media sosial seperti yang dilakukan oleh Farid sebelum ini.

“Untuk Farid Kamil, kita jumpa di mahkamah. Kalau dah bawa ke mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mestilah aku nak saman kau.”

“Saya tidak mahu jadi pondan, ‘pung-pang’ dalam media sosial. Masing-masing dah tua, kenapa nak buat ‘game’ seperti budak-budak,” kata Syamsul.

Menurut Syamsul, dia tidak lagi aktif dalam media sosial, bagaimanapun dia masih mengambil tahu mengenai hal tersebut apabila ia menjadi bualan oleh warganet dan juga rakan-rakannya yang lain.

Terdahulu, Farid menerusi Insta Storynya telah memerli seseorang yang didakwa pernah memukul Diana Danielle dan kenyataan itu juga dikeluarkan sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia pernah dipukul oleh suaminya pada tahun 2020.

Susulan tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit juga, isteri kepada Farid telah mengalami trauma jangka panjang sehingga sekarang.

F2 768X1212 1

Whatsapp Image 2023 03 07 At 4.42.10 Pm 1 768X1363 1

Sebagai info tambahan, Syamsul dan Diana pernah menjadi kekasih pada sekitar tahun 2005, sebelum hubungan itu terputus pada tahun 2008. Diana kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Farid pada 3 November 2012.

Sumber : Utusan Online, Kosmo!

Baca : Syamsul Yusof Failkan Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Masih Contact Ex-BF

Ft Syamsul Yusof Puteri Sarah 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.