in

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka” – Bekas suami DSV Dakwa dihalang bertemu anak

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018, itu pun hanya 15 minit sahaja, itu lah kali terakhir Mohd Amin Yasin, 42. bertemu dengan anak kandungnya Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.


Bekas suami kepada jutawan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali Datuk Seri Vida itu membuat tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) di Mahkamah Syariah Kota Bharu, hari ini.

 

Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua.”

Bagaimanapun Harian Metro melaporkan bahawa Datuk Seri Vida,49, tidak hadir dalam prosiding. Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty dalam prosiding pengurusan kes menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.

Beliau tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan dihadiri kedua-dua belah pihak. Malah kedua-dua anak plaintif dan defendan diarahkan hadir dalam prosiding berkenaan.

Akui merindui anaknya, Mohd Amin mengatakan dia akan tahu perkembangan terkini mereka menerusi media sosial dan televisyen.

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.”

Malah dia juga pernah cuba hubungi kedua-dua anaknya.

Bekassuamidsv

“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan.”

Tambahnya lagi, dia sebelum ini hanya bertemu mereka di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika benar-benar rindukan mereka berdua.

“Kedua-dua anak masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.”

Dalam keadaan sebak ketika ditemuramah oleh sumber, Mohd Amin berharap agar dapat bertemu anak-anaknya.

“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu.” 

Untuk rekod, Mohd Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Aidilfitri pada tahun 2013.

 

Baca: “Cik B comel teroxxx la!” -Sampai Jatuh Tergolek! Cik B Excited Tengok Diri Sendiri Kat TV, Lakonan Dipuji Netizen

Cikb

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.