Sekitar jam 3.20 petang tadi, peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor telah mengesahkan bahawa isteri bekas Perdana Menteri ini telah pun ditahan SPRM.
Susulan berita ini, pelbagai respon dan luahan muncul termasuklah dari anaknya, Yana Najib dan terbaru dari Dato’ Fazley Yaakob dan isterinya, Datin Azrene Ahmad yang juga menantu dan anak Rosmah.
Simpati apa yang menimpa ibu mertua
Menerusi posting Instagram Dato’ Fazley, chef selebriti ini meluahkan rasa simpati atas apa yang menimpa mertuanya itu di samping mendoakan supaya Allah SWT mempermudah urusan yang dilalui Rosmah.
Walaupun apa yang berlaku di antara mereka sebelum ni, Dato’ Fazley berharap ibu mertuanya diadili mahkamah dengan adil dan saksama.
https://www.instagram.com/p/Bod0DbFhswQ/?taken-by=fazleyyaakob
Yang salah tetap salah yang benar tetap benar, biarlah Mahkamah memutuskan…” kata Fazley atas pendiriannya terhadap penahanan Rosmah.
Memaafkan lebih baik – Netizen
Dalam pada tu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan ucapan doa dan meminta supaya Dato’ Fazley dan isteri maafkan sajalah Rosmah atas apa yang berlaku di antara mereka sebelum ni.
Bertabahlah dan doakan yang terbaik untuk semua…