in

“Sebab you pun mat salleh” – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William Gara-Gara Tak Faham Isu ‘Foreigner’ Di M’sia?

collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu lambakan warga asing di Malaysia telah menjadi antara topik terhangat di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Perkara ini tidak hanya tertumpu kepada warga asing dari negara Asia yang bekerja di sini, ia turut meliputi isu mat salleh yang semakin ramai memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai negara “persaraan” mereka.

Macam baru-baru ini, seorang mat salleh telah membuat satu hantaran mengemukan beberapa pemerhatiannya sepanjang tinggal di Malaysia. Lelaki ini telah menyenaraikan beberapa perkara yang bagus tentang Malaysia antaranya:


  • Orang Malaysia boleh bercakap bahasa Inggeris lebih baik berbanding negara Asia lain.
  • Negara yang selamat dan mempunyai kepercayaan sosial yang tinggi
  • Perubatan murah dan mudah diakses serta doktor dan staf hospital bercakap dalam bahasa Inggeris.

Screenshot 2024 12 11 at 4.13.52 PM

Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut mengesyorkan Malaysia kepada mana-mana orang Eropah atau Amerika yang mahu melawat, bersara atau mahu membeli rumah pelancongan di sini.

Ekoran ini, ramai orang Malaysia telah mengecam dan ‘memburukkan’ Malaysia secara berseloroh untuk menghalang orang-orang luar dari memilih Malaysia sebagai tempat tinggal mereka.

Disebabkan ini, seorang pempengaruh, Rhys William telah mengecam tindakan salah seorang pengguna media sosial yang bercakap mengenai keburukan Malaysia.

Tak faham orang macam ni. Orang cakap baik pasal Malaysia, siap promote, kau pulak focus kat negatif siap kecam dia lagi. Tak boleh brain.”

“Of course tak boleh brain. Sebab you pun mat salleh.”

Menjengah ke ruangan reply hantaran Rhys ini, ramai netizen telah bertindak untuk sekolahkan pempengaruh ini dengan meminta agar dia tidak bercakap mengenai isu yang tidak difahaminya.

Screenshot 2024 12 11 at 4.02.14 PM down

Menurut kebanyakan netizen di ruangan tersebut, dorang tak halang pelancong asing untuk datang melawat Malaysia namun tindakan mereka untuk migrasi atau bersara di sini adalah membimbangkan.

Selain itu, netizen turut mengatakan bahawa mereka enggan Malaysia menjadi seperti Bali yang kini telah dipopulasi oleh orang-orang luar yang memilih untuk menetap di sana kerana kos sara hidup jauh lebih murah dari negara asal.

Korang rasa macam mana?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.