Walaupun insiden ni berlaku dekat negara jiran, admin pasti yang remaja-remaja sekarang ni memang berani betul jumpa lelaki yang dorang hanya kenal melalui media sosial tanpa memikirkan risiko disebaliknya.
Seorang lelaki bernama Yogi Pratama berusia 19 tahun telah bertemu dengan kekasih remajanya berusia 14 tahun, Dewi Sinta di Facebook.
Menurut Tribun, Dewi yang masih lagi bersekolah ini mula mengenali Yogi di Facebook dan mula bersembang online sebelum kedua-duanya membuat keputusan untuk bercinta seminggu kemudian.
Pada 17 Ogos lalu, pasangan ini berjanji untuk bertemu buat kali pertama. Pagi itu, Yogi menjemput Dewi di rumahnya dengan menaiki motosikal sebelum membawanya ke pondok di Mindal, Kelurahan Simpang Belutu.
Di sana, Yogi telah memujuk Dewi untuk berhubungan seks dengannya. Pada awalnya, remaja ini bersetuju, tapi bila mereka mula melakukan hubungan selama satu minit, tiba-tiba Dewi tukar fikiran dan menyuruh Yogi berhenti.
Mungkin kerana Yogi tak nak stop, remaja ini lari dari pondok tersebut namun dikejar oleh Yogi yang memegang cangkul. Bila Yogi berjaya menahan remaja ini, dia memukul Dewi menggunakan cangkul tersebut sebanyak dua kali di kepala dan dua kali di punggung hingga menyebabkan pendarahan yang banyak.
Tak cukup dengan itu, Yogi mencekik kekasihnya itu untuk memastikan dia betul-betul mati sebelum merogol mayat kekasihnya dan lari dari tempat kejadian selepas mengambil telefon bimbit untuk dijual pada rakannya.
Tumiran, petani yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian itu telah menemui mayat Dewi yang dipenuhi dengan darah semasa dia dalam perjalanan untuk ke pondok tersebut untuk mengambil barang cucuk tanam.
Lelaki tersebut terus membuat laporan polis. 13 jam selepas itu, polis mengesahkan yang mereka telah menahan Yogi dan lelaki ini telah pun mengaku membunuh teman wanitanya.
Yogi memberitahu pihak polis yang dia bunuh kekasihnya kerana dia marah ajakan seksnya ditolak. Dia kini didakwa atas kesalahan memaksa hubungan seks dengan perempuan bawah umur dan membunuh.
Allahu, kesiannya Dewi. Harapnya kes ni boleh buka mata ibu bapa untuk pantau media sosial dan aktiviti anak-anak luar sekolah dengan lebih kerap.
Baca: “Karena rasa cemburu terhadap pacar…” – Remaja 21 Tahun Bunuh Kekasih Sebab Ada Kawan Lelaki