in

“Sebab tak boleh dapat nafkah zahir & batin” – Pelakon Indo Dipenjara Hina Kemaluan ‘Ex Wife’, Isterinya Pula Minta Diceraikan

Galih Barbie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 13 April lepas, Mahkamah Jakarta Selatan Indonesia telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan kepada pelakon Galih Ginanjar kerana menghina kemaluan bekas isterinya, Fairuz A Rafiq.


Tidak lama selepas itu, isterinya Barbie Kumalasari pula dikatakan minta diceraikan selepas berkahwin selama satu tahun. Menurut Solopos, Barbie malah berkata rumah tangga mereka akan berakhir tanpa perlu melalui proses di jabatan agama.

Galih3

Mana tidaknya, sebelum ini mereka juga bernikah secara rahsia dan tertutup tanpa sebarang pendaftaran formal di jabatan agama. Bermakna pernikahan itu tidak didaftarkan dan disebabkan itu penceraian ini juga tidak melalui proses yang formal.

“Ya, kalau nak berpisah, berpisah saja sebab nikah pun secara rahsia. Kami dah bernikah selama satu tahun. Kalau nak berpisah cuma perlu bagitahu (cakap mulut) saja pada Galih.”

Bagaimanapun, menurutnya Galih belum lagi memberi kata putus dan masih belum memberi persetujuan untuk bercerai. Tapi, dia akui nekad untuk tidak lagi meneruskan rumah tangga itu.

Keputusannya untuk bercerai adalah disebabkan dia tidak akan dapat nafkah zahir mahu pun batin selepas ini memandangkan Galih berada di dalam penjara.

Iyalah kalau kahwin rahsia macam itulah… sekarang sudah tidak dapat nafkah!”

“Belum ada jatuh talak lagi tapi ibaratnya sekarang terserah saya. Sama ada mahu mahu terus bersama atau saya ada pilihan lain. Itu semua terpulang pada saya!”

Barbie1

Galih3

Apabila ditanya oleh wartawan sama ada dia ada teman lelaki, Barbie mengaku sudah ada pengganti namun katanya dia tidak curang. Malah, dia berkata hubungan itu sudah diberitahu kepada Galih.

Selain Galih, dua Youtuber iaitu Rey Tami dan Pablo Benua turut menerima hukuman penjara setahun empat bulan dan setahun lapan bulan.

Baca: “Dalam penjara bagi makan ikan masin!” – Pelakon Indo Dihukum Penjara Hina Kemaluan Bekas Isteri ‘Bau Ikan Masin’

Galih Penjara

Sumber: Warta Kota
Sumber: Instagram
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.