in

“Sebab kau perempuan” – Jenayah Femicide Jadi Mimpi Ngeri Wanita Di Honduras

Femicide 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai wanita di Honduras hidup dalam ketakutan setiap hari. Ini kerana mereka boleh dicederakan malah, boleh juga dibunuh pada bila-bila masa sahaja.


Mesti korang tertanya-tanya kenapa pula macam tu? Perempuan-perempuan ni ada buat salah ke?

Jawapannya hanya satu. Wanita di Honduras menjadi sasaran hanya kerana mereka dilahirkan sebagai seorang perempuan.

Femicide E1607844475280

Perkara ini mungkin kedengaran tidak masuk akal tetapi itu adalah hakikat kehidupan bagi kaum wanita di sana. Sehinggakan ramai di antara mereka yang sanggup berhijrah melalui beberapa negara lain hanya untuk tinggal di Amerika Syarikat.

Dikenali sebagai femicide, konsep pembunuhan yang dilakukan ke atas wanita di Honduras ini sudah berlaku semenjak dahulu lagi.

Menurut statistik yang dibekalkan peguam dari Center for the Rights of Women (CDM), Marcela Arias, seorang wanita akan dibunuh di Honduras setiap 16 hingga 18 jam.

“Mereka yang melakukan femicide membunuh wanita hanya dengan satu motif iaitu mangsa-mangsa mereka dilahirkan sebagai seorang perempuan. Itu sahaja,” kata Marcela lagi.

Sehingga hari ini, masih banyak kes melibatkan jenayah femicide yang masih tidak mendapat pembelaan. Malah, ada juga keluarga mangsa-mangsa yang terpaksa berpindah keluar dari bandar bagi mengelakkan mereka pula yang menjadi mangsa seterusnya.

Pembunuhan kejam Miss Honduras, Maria Jose Alvarado

Maria Jose E1607844573176

Salah satu kes jenayah popular membabitkan femicide adalah kes pembunuhan remaja 19 tahun bernama Maria Jose Alvarado.

Pada tahun 2014, nama Maria Jose menjadi bualan ramai setelah gadis itu memenangi pertandingan Miss Honduras. Walau bagaimanapun, hanya beberapa hari sebelum Maria menyertai pertandingan Miss World di London, remaja itu dibunuh kejam bersama kakaknya.

Lebih menyayat hati, mayat kedua beradik ini hanya dijumpai seminggu kemudian di sebuah kubur cetek di Santa Barbara, Honduras.

Maria Alvarado E1607844910485

Memetik abc News, pada malam kematiannya, Maria Jose telah menemani kakaknya, Sofia Trinidad, 23, ke majlis hari jadi teman lelaki Sofia, Plucarto Ruiz, 32.

Menurut pihak polis, satu pertengkaran akibat cemburu telah tercetus antara Sofia dan Plucarto di majlis itu sebelum Plucarto menembak mati Sofia. Maria Jose yang cuba melarikan diri juga turut dibunuh di lokasi sama.

“Dia (Plucarto) menembak Maria sebanyak 12 kali di belakang badan. Semua ini berlaku kerana egonya sebagai seorang lelaki,” kata ibu adik-beradik itu, Teresa Muñoz.

Lelaki boleh lakukan apa sahaja pada wanita di Honduras

Neesa Medina E1607845006405

Menurut seorang aktivis Honduras, Neesa Medina, ego lelaki yang dikatakan Teresa sememangnya wujud dan benar-benar berlaku.

“Budaya gang, guns dan girls sering diamalkan dimana kekuatan seorang lelaki dapat diukur melalui peluru. Digabungkan pula dengan kerajaan yang sukar untuk mengawal jenayah membabitkan dadah, Honduras mempunyai budaya dimana wanita boleh dipakai dan dibuang bila-bila masa,” katanya.

“Lelaki boleh lakukan apa sahaja kepada wanita di Honduras. Ia sudah menjadi satu kebiasaan dan sesuatu yang expected jika anda tinggal di sana,” tambah Neesa lagi.

95% jenayah seksual dan femicide di Honduras tidak pernah disiasat

Menurut keluarga Maria Jose, meskipun pembunuh adik-beradik itu sudah ditangkap dua tahun selepas mayat mereka dijumpai, Plucarto masih tidak dihadapkan ke mahkamah. Malah, lelaki itu percaya dia tidak bersalah dalam hal itu.

Walaupun nama Maria Jose sudah menjadi simbol kebangsaan untuk menentang jenayah femicide, ibu dan seorang lagi kakak Maria Jose masih hidup dalam ketakutan.

“Kami bimbang pembunuh itu akan cari kami untuk membalas dendam,” kata Teresa.

Ibu itu berharap dia dan anaknya akan mendapat perlindungan untuk tinggal di Amerika Syarikat suatu hari nanti.

Tak boleh bayangkan macam mana dia orang boleh hidup macam tu. Nak keluar rumah pun rasa macam ada target belakang badan sendiri. Bila-bila masa je boleh hilang nyawa.

Sumber: abc News,WJLA

Baca: Tular Video Pengantin Perempuan Diaibkan, Keluarga Suami Lucutkan Seluar Dalam Sebab Nak Periksa Dara

Ft Pengantin Final E1607844161692

Sumber: NBC News
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.