in

Tular Video Pengantin Perempuan Diaibkan, Keluarga Suami Lucutkan Seluar Dalam Sebab Nak Periksa Dara

Ft Pengantin Final E1607844161692

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari berlangsungnya majlis perkahwinan sudah semestinya merupakan hari ‘keramat’ yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang akan berkahwin.


Suasana majlis yang meriah disertai oleh ahli-ahli keluarga kedua-dua pasangan mempelai saling beramah mesra dan saling mengeratkan hubungan silaturahim sememangnya mewujudkan suasana yang harmoni buat pengantin.

Namun siapa sangka, majlis yang sepatutnya dirai dengan gembira bakal bertukar mimpi ‘ngeri’ buat seorang pengantin perempuan ini apabila dia diaibkan oleh keluarga mentuanya seusai berakhirnya majlis perkahwinan mereka.

 

Dilucutkan seluar dalam nak periksa dara

Pengantin perempuan ini telah dilucutkan seluar dalamnya oleh keluarga suaminya gara-gara ingin diperiksa sama ada dia masih mempunyai dara atau tidak!

Memetik laporan Newsbeezer, kejadian ini telah berlaku di sebuah bandar di Urgench, Uzbekistan pada minggu lepas.

Feat Pengantin Muka

Dituduh tiada dara 

Tujuan gadis itu dibogelkan adalah gara-gara keluarga suaminya itu mengesyaki bahawa dirinya ‘kehilangan’ dara sebelum mereka berkahwin.

Majlis perkahwinan yang masih mengekalkan tradisi Uzbek itu pada awalnya berlangsung dengan lancar tanpa berlakunya sebarang masalah.

Namun, seusai tamat sahaja majlis tersebut, keluarga pengantin lelaki telah menuduh gadis tersebut tidak mempunyai dara dan untuk menguatkan lagi tuduhan tersebut, mereka telah melucutkan seluar dalam yang dipakainya untuk memeriksa bahagian kemaluannya.

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga turut merakam video sepanjang ‘jenayah’ tersebut dilakukan.

Dalam klip video yang tidak didedahkan itu, kelihatan si gadis malang itu telah dibaringkan di atas sebuah katil dan seluarnya pula ditanggalkan sambil dikelilingi oleh pihak perempuan dari keluarga pengantin lelaki.

Feat Pengantin Kaki

 

Cuba melawan tapi tidak berdaya

Gadis itu bahkan turut memberontak dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berupaya untuk melawan dan akhirnya terpaksa akur dengan perbuatan ‘keji’ mereka.

Mangsa hanya berupaya untuk menutup mukanya dengan tapak tangan sambil menangis. Ahli keluarga pengantin lelaki pula berterusan menghamburkan kata-kata yang menuduh dia tidak menjaga dara sebelum berkahwin.

 

Suami hanya biarkan

Apa yang lebih mengejutkan, si suami hanya diam dan membiarkan sahaja isteri yang baru dikahwininya itu dicabul kehormatan oleh ahli keluarganya yang lain!

Dasar suami dayus!

Setelah ‘pemeriksaan’ itu selesai, mangsa memakai semula seluar dalamnya dan hanya duduk sambil menangis dan menahan kesakitan.

Feat Pengantin Ramai

 

Menantu yang merogol pengantin perempuan

Kejadian itu akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga mangsa dimana bapa tirinya telah membuka mulut mengatakan bahawa menantunya itu telah merogol anaknya tanpa pengetahuan keluarganya yang lain sehinggalah selepas majlis berlangsung.

Bukan itu sahaja, malah pihak pengantin lelaki turut meminta keluarga pengantin perempuan untuk membayar sebanyak 50 juta Uzbekistan (RM19,600) sebagai kos majlis perkahwinan tersebut.

Jumlah itu adalah terlalu besar buat keluarga mangsa gara-gara mereka mengalami masalah kewangan.

 

Tularkan klip video di media sosial

Gara-gara keluarga pengantin perempuan yang tidak bersetuju dengan permintaan tersebut, keluarga pengantin lelaki telah membuat tindakan yang lebih ‘ekstrem’ apabila mereka memuat naik klip video yang dirakam itu di media sosial untuk mengecam dan menyindir mangsa secara terbuka.

Susulan itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis atas dakwaan difitnah dan anak mereka diaibkan sehingga menyebabkan maruah mereka sekeluarga terjejas.

Polis yang telah menerima laporan itu telah bertindak untuk menahan individu-individu yang terlibat dalan kejadian tersebut untuk siasatan lanjut.

Allahu kesiannya, mesti dia trauma dicabul secara terbuka. 

Baca: “Lelaki tu ada dekat sini” – Pengantin Lelaki Siap Buat Presentation di Majlis Kahwin, Tunjuk Bukti Isteri Curang Baca Kawin 1

Sumber: Newsbeezer
Sumber: Newsbeezer
Sumber: Newsbeezer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.