in ,

“Sebab dah tak ada duit nak makan” – 2 Lelaki Rela Duduk Jail Lepas Ditangkap Polis Langgar PKP Sebab Memancing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hurm, tak dapat nak marah bila baca kes ni, jadi kesian adalah, dua lelaki dari SUngai SIput, Perak ini dah langgar PKP sebab pergi memancing untuk makanan harian mereka.


Disebabkan nak elak daripada dibayar denda lepas ditangkap polis, mereka memilih untuk dipenjarakan sebab dah tak ada duit.

Menurut WORLD OF BUZZ, Chen yang berusia 45 tahun dan Zhong yang berusia 56 tahun itu adalah pengubahsuaian bumbung dengan upah harian sebanyak RM100. Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai apa-apa pendapatan sejak PKP,

Tak tahu nak ‘gali’ duit dari mana, mereka  mereka tiada pilihan tetapi untuk pergi memancing demi mendapatkan sumber makanan mereka sendiri.

Dilaporkan bahawa mereka berdua pergi ke sebuah kolam di Rimba Panjang kira-kira pukul 5 petang semalam (2 April) tetapi ditangkap oleh pegawai polis.

Chen dan Zhong berkata di mahkamah majistret bahawa mereka tidak mempunyai wang dan terpaksa keluar memancing untuk dapatkan makanan untuk dimakan. Tujuan mereka untuk memancing adalah untuk kegunaan mereka sendiri, tanpa berniat untuk menjual tangkapan mereka kepada orang lain.

Walau bagaimanapun, kerana mereka tidak mempunyai wang, mereka memilih untuk dipenjarakan selama tiga bulan untuk elak membayar denda sebanyak RM1,000.

Nampaknya mereka berdua adalah golongan yang terjejas dalam PKP ini. Nak marah pun tak boleh, sebab kita tak ada di tempat mereka.

 

Baca : Lelaki Ditangkap Lepas ‘Kantoi’ Menipu Kata Jadi Jemaah Tabligh Sebab Nak ‘Cabut’ Daripada Ditahan Polis

Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.