in

“Sayang anak tapi rela anak buat dosa tak solat” – Netizen Tak Puas Hati Ustaz Dipenjara Sebab ‘Mendidik’ Anak Murid

Ustaz Adib Dipenjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ustaz dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda maksimum RM2,000 selepas didapati bersalah mencederakan kaki muridnya, lapor Malaysiakini. Muhammad Adib Abd Halim, 24, dikatakan telah merotan kaki anak muridnya yang berusia 11 tahun itu kerana kanak-kanak itu enggan menunaikan solat.


Menurut Majistret Nor Afidah Idris, Adib gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan selepas 12 saksi pendakwaan dan 4 saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Ustaz Adib
sumber: utusan

Meskipun begitu, netizen rata-rata mempersoal dan mempertikai tentang perkara itu apatah lagi kerana niat ustaz itu baik kerana mahu mendidik. Seorang individu telah muat naik dan buka topik tentang isu tersebut untuk dibincangkan oleh semua warga Twitter.

Ustaz dipenjara 6 bulan denda RM2000 sebab rotan kaki murid enggan solat. Patut ke tak?

Bukan tu je,  individu ni juga turut muat naik beberapa gambar menunjukkan perbualan ustaz itu dengan seseorang yang bertanyakan tentang hal sebenar. Menurut ustaz tersebut, ketika hari kejadian terdapat 4 orang anak muridnya enggan solat meskipun dah disuruh.

Banyak kali saya suruh tapi tiada tindakan. Malahan mereka menyembunyikan diri. Setelah saya nampak, saya panggil mereka. 2 daripadanya melarikan diri.

Ss 1

Ss 2
sumber: blog

Lepas tu, ustaz Adib pun ambil tindakan kepada 4 pelajar tersebut. Kemudian dia minta kesemua anak muridnya tu untuk beritahu ibu bapa tentang perkara yang sebenar (mengapa dia ambil tindakan). Bagaimanapun, hanya 3 daripada mereka yang maklumkan dan seorang lagi tidak.

Satu hari, ustaz Adib terima panggilan daripada ibu bapa pelajar yang tak maklumkan tu dan marah marah dia.

Saya nak terangkan hal sebenar padanya tetapi dia tidak mahu dengar dan mengatakan bahawa dia tidak akan tarik balik report. Nak terang apa apa settle di mahkamah.”

Keesokan hari, dia terima panggilan daripada IPD Kajang pula yang minta dia hadir untuk beri keterangan.

Bual 1

Bual 2

Bual 3

Bual 4
sumber: blog

Lepas baca perbualan tu, netizen rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati mereka dan menyalahkan ibu bapa pelajar tersebut kerana terlalu manjakan anak.

Komen Ustaz 1

Komen Ustaz 2
sumber: twitter

Ada juga netizen yang meluahkan pendapat mengatakan yang ibu bapa di Malaysia semakin bodoh dan tidak bertimbang rasa.

Komen Parents Bodoh
sumber: twitter

Apa pula pendapat korang? Cuba share dengan admin dekat bahagian komen…

Baca: “Kenapa mak bapak sekarang bodoh?” – Netizen Kecewa Sikap Ibu Bapa Lindung Anak Nakal Kes Cikgu Azizan

Feature Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.