in

“Kenapa mak bapak sekarang bodoh?” – Netizen Kecewa Sikap Ibu Bapa Lindung Anak Nakal Kes Cikgu Azizan

Feature Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Profesion sebagai seorang pendidik bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Hal ini kerana setiap hari mereka perlu berdepan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai ragam yang berbeza.


Bukan itu sahaja, memandangkan zaman sekarang guru tidak dibenarkan untuk mendenda pelajar secara fizikal, ibu bapa pula mula campur tangan sehingga menyaman guru tanpa menyiasat sebab di sebalik tindakan guru tersebut.

Ca12
sumber: berita harian

Menurut Berita Harian, baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai Cikgu Azizan yang kini dalam pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban atas sebab menampar pelajarnya. Pelajar tersebut telah melakukan tiga kesalahan iaitu:

  1. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
  2. Membuli dan memukul pelajar lain
  3. Menghidu gam dalam kawasan sekolah bersama tiga pelajar lain yang dipengaruhinya.

Menurut New Malaysian Post, ibu bapa pelajar terbabit telah membuat laporan polis terhadap Cikgu Azizan kerana tidak berpuas hati dengan cara guru tersebut mengenakan tindakan tegas ke atas anak mereka yang terlibat dalam masalah disiplin di sekolah.

Ca3
sumber: blog

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyeru guru-guru untuk memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan yang bakal kehilangan jawatan sekiranya disabitkan kesalahan.

Selain itu, kisah Cikgu Azizan telah mendapat perhatian netizen yang turut memberikan sokongan moral terhadapnya. Bukan itu sahaja, mereka juga berang dan kecewa dengan sikap ibu bapa yang tak ambil endah dengan anak yang mempunyai masalah disiplin dan bertindak menghukum guru yang cuba mendidik anak mereka.

Berang2Blur

1Blur

Berang3Blur

Kecewa1Blur

3Blur
sumber: twitter

Selain itu, rata-rata netizen mendoakan supaya keadilan berpihak kepada Cikgu Azizan dan berharap supaya insiden ini menjadi pengajaran buat semua ibu bapa supaya lebih peka dengan aktiviti anak-anak mereka di sekolah.

Last 1

5Blur
sumber: twitter

Sokongan yang diberikan ke atas Cikgu Azizan telah diperluaskan menerusi #PrayForCikguAzizan dan difahamkan guru ini akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Seremban pada 19 Disember jam 8.30 pagi.

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan adil dan semoga ia menjadi iktibar kepada pelajar, ibu bapa dan para guru di luar sana. 

Baca: “Saya tahu saya bersalah” – Guru Terharu Pelajar Berani Hantar Surat Maaf Kerana Terlanggar Kereta

Ca4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.