Gempar! Perkara ini pasti akan mengejutkan rakyat Perak apabila hari ini diumumkan bahawa negeri tersebut bakal mendapat Menteri Besar baru selepas Ahmad Faizal Azumu gagal memperolehi sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri dalam undian tidak percaya hari ini.
Menurut Malaysiakini, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderingan dan Timbalan Presiden Bersatu itu telah menerima sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya dan satu undi rosak atau berkecuali.
Dengan itu, Ahmad Faizal akan berundur daripada memegang jawatan sebagai menteri besar.
TERKINI: Perak bakal dapat MB baharu selepas Ahmad Faizal gagal peroleh keyakinan majoriti dalam usul undi percaya terhadap MB Perak pada persidangan DUN hari ini.
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) December 4, 2020
Difahamkan bahawa usul tersebut telah dibawa Adun Pengkalan Baru dari UMNO, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.
Walau bagaimanapun dua usul tergempar dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima speaker.
Dalam ucapan yang disampaikan sejurus keputusan dibacakan, Ahmad Faizal berkata, dia menerima ketetapan yang dibuat Adun Perak.
“Sebenarnya kadang-kadang saya rindukan kamu semua, betul,” katanya.
Pembentangan Belanjawan Perak 2021 akan ditunda ke hari Rabu depan untuk membolehkan speaker dan Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum apa yang berlaku pada DUN hari ini.
Ahmad Faizal juga berjanji peralihan kuasa menteri besar akan dijalankan dengan lancar.
Sumber dalaman memberitahu, tiga nama telah disenarai pendek untuk menggantikan Ahmad Faizal termasuk bekas menteri besar dari UMNO.
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) December 4, 2020
Sumber dalaman memberitahu, pembubaran DUN tidak diperlukan dan hanya perlu digantikan dengan ADUN sedia ada dari blok yang mempunyai majoriti. Ini sekaligus membawa kepada perubahan senarai exco.
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) December 4, 2020
Nampaknya yob-yob semua bakal dapat MB baru.