in

“Saya tunaikan hajat ARMY” – Atas Pemintaan Ramai, BTS Dijemput Persembahkan Lagu ‘Dynamite’ Di Perhimpunan Kesihatan Sedunia

Dd 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Jumaat minggu lalu, kumpulan K-Pop terkenal, BTS telah melancarkan single baharu mereka yang bertajuk ‘Dynamite’. Sudah dijangka bahawa muzik video tersebut pastinya ‘meletup’ dan mendapat sambutan hangat dari peminat dari seluruh dunia.

Selepas empat hari ditayangkan, jumlah tontonan muzik video tersebut telah mencecah lebih 170 juta tontonan dan dikhabarkan telah mencipta rekod baharu selepas rekod tontonan tertinggi yang sebelum ini menjadi milik Blackpink dengan lagu mereka ‘How You Like That’.


D 1 1

Oleh kerana sambutan yang hangat daripada peminat muzik K-Pop di seluruh dunia, ARMY (fandom BTS) telah menyatakan hasrat untuk melihat gabungan antara BTS dan pihak kesihatan awam.

Permintaan ini telah mendapat perhatian pihak WHO dan menerusi satu tweet dari Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus telah menjemput BTS untuk mempersembahkan lagu ‘Dynamite’ di ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA).

Dalam tweet tersebut juga, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan sensasi Korea Selatan itu kerana berjaya meraih tontonan muzik video sebanyak 100 juta dalam masa sehari.

Walau bagaimanapun, BTS masih belum memberi sebarang respon melalui tweet tersebut. Namun hal ini sudah cukup mengujakan para peminat untuk melihat kumpulan K-Pop tersohor itu menyampaikan lagu ‘Dynamite’ secara langsung pada perhimpunan tersebut.

 

Korang excited tak kalau BTS perform lagu ‘Dynamite’ nanti. Min ARMY tau! So I am light it up like dynamite!

Baca: “Army assembles!” – BTS Pecah Rekod Raih 10 Juta Tontonan MV ‘Dynamite’ Dalam Masa 21 Minit!

D1 1 4

Sumber: Billboard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.