in

“Saya tidak terima sebarang surat rasmi” – Boy Iman Terkejut Gelaran Datuk Dibatalkan, Mahu Jawapan SUK

Boy Imannn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, KDYMM Sultan Pahang menerusi satu pengumuman rasmi telah memaklumkan bahawa Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada dua pelakon, Farid Kamil dan Boy Iman telah ditarik balik berkuatkuasa 1 Februari.


Menurut Kosmo, Boy Iman walau bagaimanapun agak terkejut dengan pengumuman tersebut kerana dia tidak tahu menahu mengenai hal itu sehinggalah dihubungi pihak media untuk mendapatkan maklum balas.

Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran. 

“Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana,” katanya.

20342605 1

Dakwa Boy Iman, penarikan balik darjah kebesaran tersebut juga dilakukan tidak mengikut saluran yang betul sebelum disebarkan kepada orang ramai melalui media.

“Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” katanya.

 

Tak mahu komen panjang, bakal hantar surat melalui peguam 

Selain itu, dia juga memberitahu akan tidak teragak-agak untuk menulis surat sendiri kepada pihak Pejabat Setiausaha Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab sebenar kenapa darjah kebesaran yang diberikannya ditarik balik.

“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.

“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” katanya.

Et2Ogdvviayxh2H

Manakala bagi pelakon Farid Kamil pula, dia tenang dan reda menerima keputusan daripada pihak istana.

“Sejak 16 Disember 2017, saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan Istana Pahang.

29B0

“Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan daripada pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada saya,” katanya.

Baca: Gelaran Datuk Bagi Pelakon Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik Oleh Sultan Pahang

Datuk Datuk

Sumber: Twitter
Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.