in

“Saya tidak pernah terima rasuah” – Kes Dadah Anak Vincent Tan, Tommy Thomas Nafi Gugurkan Kes

Cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular satu dakwaan oleh akaun Edisi Khas yang menyatakan Nevin Tan, anak kepada ahli perniagaan terkenal, Vincent Tan dituduh kerana menanam berpuluh pokok ganja di dalam kondominiumnya dan Peguam Negara pada ketika itu, Tommy Thomas telah mengarahkan agar kes ini NFA (ditutup).


Mengulas tentang isu ini, Tommy Thomas menafikan beliau ada menutup kes pertuduhan dadah melibatkan anak Vincent Tan sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan, Thomas menjelaskan beliau hanya mengurangkan dakwaan yang dikenakan ke atas Nevin Tan selepas pasukan peguam bela mengemukakan representasi bertulis agar keputusan pertuduhan dipertimbangkan semula.

1 5

Jelas Thomas, beliau telah meneliti representasi dan kertas siasatan, mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan dan berbincang dengan pegawai kes sebelum mengurangkan pertuduhan itu.

“Seingat saya dalam kes ini, tertuduh iaitu anak kepada ahli perniagaan terkenal Vincent Tan ditangkap atas kesalahan dadah dan didakwa.

“Seperti biasa dalam hal jenayah, peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mempertimbangkan semula keputusan pertuduhan. Surat ini dibawa ke perhatian saya, atas keputusan saya

“Menerima representasi daripada peguam dan tertuduh serta mengurangkan atau menggugurkan pertuduhan selepas itu adalah perkara biasa dalam AGC (Jabatan Peguam Negara),” jelas beliau.

Thomas turut berkata dia tidak pernah membayar dan menerima rasuah sepanjang kerjaya profesional dan kehidupan peribadinya.

“Integriti, kejujuran dan kebenaran adalah nilai yang diterapkan dalam diri saya sebagai anak kecil, dan dipupuk di sekolah. Mereka telah melayani saya dengan baik semasa dewasa.

“Akhirnya, integriti, kejujuran dan kebenaran adalah nilai berharga bagi saya. Dakwaan bahawa saya telah disogok semasa saya mengambil keputusan ini oleh itu dinafikan sekeras-kerasnya,” jelas beliau.

Kredit: Awani

BACA: Agong Perkenan Lantikan Tommy Thomas

Capture 8

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.