in

Agong Perkenan Lantikan Tommy Thomas

Page Pnm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dah mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara menggantikan Mohamad Apandi.


Walaupun mendapat reaksi yang pelbagai lagi-lagi kerana peguam terkemuka tersebut bukanlah kaum Melayu mahupun beragama Islam, namun, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan beliau sebagai Peguam Negara Malaysia.

Pnm3
sumber: malaysiakini

Menurut Malaysiakini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Agong dah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pnm
sumber: malaysiakini

Dalam satu kenyataan, Wan Ahmad Dahlan berkata Agong bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap akan memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,”

Pnm4
sumber: sinar harian

Selain itu, beliau berkata Agong telah menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian negara.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama”

Mungkin negara Malaysia perlu keluar dari ‘comfort zone’ untuk menjadi lebih maju.

Baca: “Peguam Negara sebelum ni Melayu Islam, tapi apa dia buat?”

Pnm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.