Beberapa hari lalu, satu laporan mengenai seorang pelakon direman oleh polis di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur menjadi tanda tanya netizen.
Oleh itu, selepas 3 hari dibebaskan daripada tahanan reman dikhabarkan akibat menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan, pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37 memberitahu dia masih menunggu tarikh untuk dakwaan kes di mahkamah.
Tiada unsur panas baran, buat apa yang dirasakan perlu
Kata Sharnaaz, dia selesai memberikan kerjasama terbaik dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan.
“Sekarang ini saya sudah selesai siasatan polis. Apa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tidak benar. Saya akan buat penjelasan dalam masa terdekat. Belum tahu lagi bila pendakwaan akan dilakukan.”
Tambahnya, buat masa ini, dia tidak boleh mengulaskan lanjut mengenai kes tersebut. Menurut mStar Online, Sharnaaz bakal menceritakan situasi sebenar yang berlaku.
“Saya tidak bodoh untuk melakukan sebegitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi tunggu cerita sebenar.”
Sharnaaz Ahmad yang dilabel sebagai seorang yang bersikap panas baran sebelum ini menegaskan tindakan yang dibuat itu adalah perlu.
“Panas baran sudah sinonim, tetapi sebenarnya tiada unsur panas baran. Saya buat apa yang dirasakan perlu. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan daripada saya.”
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan siasatan terhadap Sharnaaz selesai dilakukan dan pelakon itu dibebaskan dengan ikan jamin hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 232 dan 506 Kanun Keseksaan.
Baca : Sharnaaz Ahmad Beri ‘Pesanan’ Pada YouTuber Melawat Pusara Siti Sarah Untuk ‘Content’