Sebelum ni telah tular sebuah video yang menunjukkan seorang graduan melakukan provokasi semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung.
Ramai pihak yang mengecam tindakan tersebut sehinggalah pihak Universiti Malaya sendiri membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Namun, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah mengeluarkan pendapatnya mengenai isu ini di Twitter.
Beliau akui tindakan melakukan protes di atas pentas itu tak sepatutnya dilakukan kerana ia merupakan tempat graduan untuk bergembira
“Saya tidak bersetuju untuk mengunakan pentas Konvokesyen sebagai pentas protes. Hari itu milik semua graduan & ibu bapa untuk bergembira.”
Dia berusaha untuk ijazah tu selama 4 tahun”
Namun, Syed Saddiq juga tak bersetuju berikutan dengan desakan orang ramai untuk merampas semula ijazah graduan tersebut.
Saya juga tidak bersetuju dengan desakan untuk merampas ijazah. We can condemn & criticise without depriving a youth of his 4-year education.
Saya tidak bersetuju untuk mengunakan pentas Konvokesyen sebagai pentas protes. Hari itu milik semua graduan & ibu bapa untuk bergembira.
Saya juga tidak bersetuju dengan desakan untuk merampas ijazah. We can condemn & criticise without depriving a youth of his 4-year education.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 16, 2019
Namun seperti biasa warganet terus mempersoalkan mengenai hukuman setimpal yang boleh dikenakan kepada graduan itu.
“Sepatutnya perkara tersebut tidak boleh berlaku dan perlu dikenakan tindakan, atau lepas ni akan jadi ikutan”
“Perlu dikenakan hukuman yang setimpal sampai betul-betul menyesal”
“Kau sendiri cari pasal memang patut pun kena hukum”
“Akal ada tapi tak nak guna!”
Namun disebalik itu, ada juga yang memberi pendapat bahawa individu tersebut perlu membuat permohonan maaf secara terbuka jika hendak dapatkan ijazahnya semula.
Graduan tersebut sebelum ini turut mendesak pihak UM untuk memberikan transkrip akademiknya kerana difahamkan dia masih lagi belum menerimanya walaupun sudah memulangkan jubah.
Masing-masing ada pendapat sendiri, tapi kalau boleh fikir panjang lah sebelum buat keputusan tu.
Baca: “VC, pegang kata-kata saya” – Graduan UM Bengang Sebab Tak Dapat Transkrip