Kisah graduan yang melakukan provokasi semasa istiadat konvokesyen Universiti Malaya ke, 59, tidak habis begitu sahaja.
Dia sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik pula video berdurasi 6 minit yang mempersoalkan mengenai transkrip akademiknya.
https://www.facebook.com/wong.y.ke/videos/2836048399740048/?t=273
Menurutnya, dia sudah memulangkan jubah dan mortarboard namun masih tidak dapat lagi transkrip akademik.
“sepatutunya selepas pulang baju dan mortarboard, kita akan dapat transkrip akademik, termaktub dalam website UM.”
“Tapi nampaknya selepas saya pulangkan semua ini, mereka memberi alasan mengarut yang menyatakan, transkrip akademik saya kotor.
“Bukan dalam keadaan elok, terdapat masalah pencetakan. Jadi mereka memutuskan untuk pegang dahulu transkrip akademik saya,” katanya.
Pihak universiti turut membertitahu bahawa pihaknya akan memaklumkan kepada dia jika transkrip tersebut sudah siap dan boleh di ambil.
Wong Yan Ke turut menambah dua persoalan yang ditujukan khas kepada pihak universiti mengenai masalah yang dihadapinya.
“Saya ada dua soalan yang hendak ditanya pada staf. Jika transkrip akademik belum siap, kamu sepatutnya maklumkan dahulu kepada pelajar sebelum mereka datang. Jika tidak, ia akan membazir masa mereka.”
“Perkara kedua, jika sudah dinyatakan dalam peraturan kami akan mendapat transkrip pada masanya selepas mengembalikan jubah konvokesyen, tetapi kelihatan seperti mereka yang memungkiri janji” katanya.
Tambahnya lagi, staf universiti yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali bahagian berkenaan turut tidak mempunyai jawapan kepada persoalannya kerana hanya menerima arahan dari pihak atasan.
“Ini adalah perkara yang mereka tak boleh jawab. Mereka kata mereka hanya staf dan tak boleh jawab bagi pihak VC dan tak tahu situasi sebenar ,”
Malah, Yan Ke juga telah menyifatkan naib canselor sebagai ‘kebudak-budakan’ kerana enggan bersemuka sendiri dengannya.
“Pertama membuat laporan polis. Kedua, meminta pelajar membuat protes untuk mempertahankan kamu dan kenyataan perkauman kamu.
“Dan terbaharu, perkara ketiga kamu lakukan, menahan transkrip akademik saya. Sampai bila kamu akan lakukannya?
“Jadi tolong, jadi intelektual yang bertanggungjawab seperti saya nyatakan dalam kenyataan saya, dan jadi lelaki.
“Jika rasa apa yang kamu kata itu benar, berhadapan dengan kami. Bukannya buat tindakan kebudak-budakan,” katanya lagi.
Video yang telah dimuat naik di Facebook nya ini telah mendapat 30 ribu tontonan dan dan 138 share.
Semoga perkara ini cepat selesai dan tidak berpanjangan.