in

“Saya tiada komen” – Meerqeen Pilih Untuk Kunci Mulut Berkenaan Sarah Yasmine

Syaz Ft 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu persatu informasi didedahkan oleh wanita bernama Sarah Yasmine berkenaan rumah tangga serta perhubungan penyanyi yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz.

Dalam salah satu pendedahannya, Sarah Yasmine menerusi laman Instagram miliknya berkongsi dia juga pernah mempunyai pengalaman ‘perbadi’ dengan pelakon yang kini sedang meningkat naik iaitu Meerqeen.


Artikel berkaitan: “Pelakon ada hak” –  Meerqeen Tolak ‘Babak Panas’, Nak Jaga Nama Baik Keluarga

Artikel berkaitan: “Kata nak berdamai” –  Tulis ‘LUSM’ Di Profile IG, Sarah Yasmine Tuduh Ruhainies Tak Tahu Malu

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam terpalit dalam pendedahan Sarah Yasmine selepas pelakon itu berkata Sarah hanyalah seorang peminat.

Dalam pendedahan itu, Sarah berkata mereka pernah rapat secara peribadi pada Ogos dan September, tahun lalu.

Bagaimanapun, Meerqeen dalam temu bual terbarunya mengeluarkan kenyataan di mana dia enggan memberikan komen berkenaan isu tersebut.

“Tiada komen mengenai ini. Anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.

Saya tidak ikuti perkara yang sedang berlaku sekarang. Saya sedang menjalankan penggambaran drama yang agak ‘intense’, jadi, saya lebih fokus kepada kerja dan diri saya. Itu sahaja,” katanya.

Malah, Meerqeen berkata dia tidak mempedulikan komen netizen susulan isu yang tular mengenai dirinya itu.

Ah sudah, so macam mana ya…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.