in

“Kata nak berdamai” – Tulis ‘LUSM’ Di Profile IG, Sarah Yasmine Tuduh Ruhainies Tak Tahu Malu

Sarah Yasmine Sound Lagi Ruhainies Lusm Nrf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, pada Jumaat lepas, Ruhainies telah membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah secara terbuka atas apa yang berlaku.


Malah menerusi rancangan Melodi juga, Ruhainies ada mengatakan bahawa dia ingin berdamai dengan pihak-pihak yang terbabit dalam isu ini dan ingin berjumpa supaya masalah tersebut dapat diselesaikan.

@melodiberapi

Pelakon wanita @ruhainies7 akhirnya tampil di Melodi untuk menjernihkan keadaan dan berharap agar dapat berdamai dengan semua…Semoga selesai dengan baik #fyp #fypシ #fypシ゚viral #meloditv3 #ruhainies

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Artikel berkaitan: “Masih berhubung pada 28 Mac lalu” – Sarah Yasmine Dedah Pula Perbualan Antara Aliff Aziz & Sophia Albarakbah

Artikel berkaitan: “No thanks!” – Ruhainies Ajak Berdamai, Sarah Yasmine ‘Block’ Di Media Sosial

Ruhainies tulis L U S M di profile IG? 

Walau bagaimanapun, malam tadi, Sarah Yasmine kembali ‘menumpahkan teh’ di IG story apabila dia memaparkan screenshot Instagram pelakon Ruhainies yang menulis akronim NRF dan L U S M di deskripsi profile. 

Seperti yang semua sedia maklum, nama NRF dan L U S M (love you so much) sangat sinonim dengan pendedahan mesej WhatsApp yang didakwa di antara Ruhainies dan Aliff Aziz.

Img 6416

Perkara tersebut membuatkan membuatkan Sarah mempersoal niat Ruhainies yang dikatakan ingin berdamai dengan pihak yang terbabit dalam masalah itu, namun pada masa yang sama didakwa seakan-akan menyindir dengan menulis akronim tersebut.

Malunya di mana babe ni perempuan? 

“Sekarang aku yang psycho ke dia ni, you all tell me? Melodi interview dia kata dia nak ni nak tu nak berdamai, but this is just so shameless of her?” katanya.

Img 6417

Selain dari Ruhainies, adik beradiknya yang lain juga iaitu Risteena dan Asha ada memuat naik IG story menggunakan akronim yang viral itu.

Img 6418

Korang dua kalau nak buat gini, jangan aku pula kasi screenshots hari kes khalwat tu,” kata Sarah.

Apa-apapun kes ini nampaknya masih tak surut-surut lagi isunya dan makin lama makin banyak pula isu yang dibongkarkan. Harapnya perbalahan di antara pihak-pihak yang terlibat ini menemui jalan penyelesaian tidak lama lagi. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.