in

“Saya terkilan netizen hanya kecam adik dan ibu” – Kes Video Bercumbu Tular, Anak Sulung Nora Ariffin Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Dd 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar semalam dengan satu pengakuan yang telah dimaklumkan oleh Nora Ariffin berikutan video bercumbu yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan anak perempuannya Putri Nur Dahlia.


D 3

Pelbagai kecaman yang menghujani Nora dan anaknya susulan kejadian tersebut. Sebahagian netizen juga mempersoalkan mengapa remaja lelaki dalam video tersebut tidak membuat sebarang pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka.

Susulan kejadian itu, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan telah bersuara hari ini dengan mengatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video tersebut.

D2 2

Individu yang dikaitkan itu menggunakan nama @danicah6299811 di Twitter sememangnya cukup melampau apabila memuat naik video secara berulang kali dengan tujuan mengeruhkan keadaan.

“Insya-Allah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak ‘post’ video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?”

 

Akan bertemu dengan pihak keluarga remaja lelaki – Syakir

Syakir juga memaklumkan bahawa keluarganya akan bertemu dengan pihak keluarga remaja lelaki yang dipecayai bekas teman lelaki adiknya untuk menyelesaikan kemelut itu.

“Perkara ini sudah berubah menjadi lebih serius. Insya-Allah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu”

Dalam pada itu, Syakir menzahirkan kekesalan dengan apa yang telah berlaku dan memohon agar orang ramai tidak lagi mengongsikan video tersebut di mana-mana platform, lapor Harian Metro.

“Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua. Insya Allah”

D3

 

Baca: “Saya mengaku itu dia” – Nora Ariffin Beri Penjelasan ‘Video Kontroversi’ Anak Tular Di Media Sosial

Collage 5

Sumber: Twitter
Sumber: Harian Metro
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.