in

“Jejaskan nama baik saya” – Wanita Tular Melancong Di China Mahu Ambil Tindakan Undang-undang

Pelancong Wanita Tular Di China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita yang tular ekoran videonya ketika sedang bercuti di China sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial memaklumkan pihaknya sedang mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna TikTok itu, pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tuduhan tidak berasas, provokasi serta menyebarkan maklumat palsu sehingga menjejaskan nama baik, reputasi dan integritinya.


“Saya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tuduhan tidak berasas, provokasi serta penyebaran maklumat palsu yang telah menjejaskan nama baik, reputasi dan integriti saya,” katanya.

Menurutnya, segala urusan berkaitan kes itu kini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan peguam untuk tindakan lanjut mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya.

Artikel berkaitan: “Baru dia tahu wanita Malaysia macam mana” – Tindakan Wanita Ini Bongkar Taktik Licik Peniaga Buat Ramai Puas Hati

Artikel berkaitan: “Malu bang perangai macam ni” – Sikap Pelancong Malaysia Curi Air Di Thailand Undang Kecaman Netizen

Dalam masa sama, wanita itu turut mengingatkan orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi serta tidak terus berkongsi maklumat yang belum disahkan berhubung isu berkenaan.

Dia juga menegaskan bahawa tindakan undang-undang telah pun dimulakan dan semua urusan berkaitan akan dikendalikan oleh peguamnya.

725249366 780514085149007 2960896328194190028 N

Terdahulu, netizen mengecam video yang memaparkan pelancong di China yang didakwa memaparkan kelakukan seperti tidak menghormati penduduk tempatan.

Menerusi semakan Lobak Merah, kejadian berkenaan turut meraih perhatian netizen luar negara.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.