Kasihan… Mayat seorang bayi perempuan ditemui pada malam Ahad lepas di hadapan sebuah masjid di Sungai Way, Petaling Jaya dalam keadaan menyedihkan.
Jenazah bayi itu katanya ditemui bersama sepucuk nota yang tinggalkan sepasang kekasih yang dipercayai membuang anak mereka di situ, lapor Harian Metro.
Antara kandungan nota tersebut adalah seperti berikut,
“Assalamualaikum. Saya nak minta jasa baik warga masjid untuk menguruskan jenazah bayi ini. Saya tidak tahu mengenai cara menguruskan jenazah ini sebab saya jahil dan berdosa besar.
“Saya tidak sanggup melihat jenazah anak saya. Saya dibuang keluarga disebabkan anak ini. Saya tiada tempat tinggal yang sempurna dan tidak ada duit untuk membawa anak ini ke hospital.
“Tolong uruskan jenazah anak saya dan dikebumikan dengan cara Islam dan elok-elok.”
Rakaman CCTV di masjid itu kemudian membongkarkan yang perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang lelaki tempatan dan wanita warga asing yang meninggalkan nota meminta pengurusan masjid menguruskan mayat bayi berusia empat bulan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.48 malam dan pihak mereka menerima maklumat daripada seorang imam masjid yang berusia 32 tahun.
“Imam berkenaan menemui mayat bayi perempuan yang dibungkus dalam plastik dan diletakkan di sebelah tayar kereta miliknya di depan masjid berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek turut meninggalkan sekeping nota meminta bantuan masjid menguruskan mayat bayinya dianggarkan berusia empat bulan,” katanya.
Pihak polis kemudian berjaya mengesan dua suspek terbabit di sebuah bilik dekat hotel di Petaling Jaya. Hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 26 tahun itu mengaku meninggalkan mayat bayi perempuan mereka di depan masjid berkenaan.
Kedua-dua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Kesian nasib bayi perempuan tu…
Baca:“Maafkan mamak ya” – Ibu Buang Anak Tepi Jalan, Alasan Banyak Buat Masalah