in

“Saya tak putus asa” – Pengantin Viral Usia 86 Tahun Syukur Pinangan Diterima Selepas Setahun Mengurat

Setahun Mengurat Pengantin 86 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat kata pepatah, ‘kalau sudah jodoh, tidak akan kemana’, biarpun cinta pernah ditolak.

Begitulah kisah di sebalik pengantin tular yang berkahwin pada usia 86 tahun, meluahkan rasa syukur apabila pinangannya diterima selepas setahun mengurat wanita idaman hati.


Artikel berkaitan: Warga Emas Pinang Si Ibu Tapi Dapat Menikah Dengan Anak, Siap Bagi Mahar 1 Juta Rupiah & Tanah 1 Hektar!

Aritkel berkaitan: Gadis Terlepas Cakap Minta Carikan Jodoh, Lelaki Sebaya Ayah Datang Merisik

Pinangan pernah ditolak tapi tak pernah putus asa

Abdullah Ali yang mempunyai tiga anak berusia 60 hingga 65 tahun itu berkata, pinangannya pernah ditolak oleh isteri, Siti Zabidah Zakaria, 63, yang ketika itu belum terbuka hati untuk berumah tangga.

“Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu,” katanya.

Terdahulu, perkahwinan pasangan warga emas itu tular di laman sosial TikTok yang memaparkan majlis akad nikah mereka yang diadakan di Masjid Al-Abrar, Mukim Pauh Sembilan.

@shafik_syuhada12

“Kalau dah jodoh tak ke mana.. Usia hanya lakaran angka… Masa & tempat dah tertulis di sisi Nya.. Tiba tikanya bertautlah cinta” Selamat Pengantin Baru HJ ABDULLAH BIN ALI (85 tahun) & HJH SITI ZABIDAH BT ZAKARIA (62 tahun). Semoga Allah memberkati perkahwinan ini & berbahagia sepanjang hajat dikandung badan. #MasjidAl_AbrarPauh9Bachok #BilalMudaMasjidAl_Abrar

♬ bunyi asal – 🕊️lirik lagu 🎶Sis Ena 🕊️ – ✍️ lirik lagu Sis Ena 🎶

Abdullah mengakui, bukan mudah untuk menambat hati Siti Zabidah kerana pada awalnya dia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Ujarnya, ini disebabkan Siti Zabidah pernah berkahwin dua kali dan kedua-dua suaminya telah meninggal dunia iaitu pada tahun 2003 dan 2021.

“Lagipun kami berdua masing-masing tinggal sendirian.

“Kebetulan anak-anak saya sama baya dengan isteri dan memberi restu untuk kami bersatu,” katanya.

61706519106 Freesize

Menurut Abdullah, perkahwinan itu lebih kepada ingin mencari teman untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.

Ujarnya, setakat ini penglihatannya masih jelas dan boleh memandu, dia begitu seronok dapat membawa Siti Zabidah bersiar-siar.

Abdullah yang juga seorang petani bersyukur dia dan isteri tidak menghidap sebarang penyakit walaupun sudah berusia.

Akhirnya usaha pakcik membuahkan hasil. Selamat pengantin baharu!

Sumber: Astro Awani

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.