Perkahwinan adalah satu sunnah tapi cepat atau pun lambat jodoh kita, itu bukan tugas kita untuk menentukan kerana jodoh itu adalah rahsia Allah SWT.
Bagaimanapun, ibu bapa pasti akan berasa bimbang kalau anak mereka yang sudah ‘berusia’ tetapi masih belum menjumpai jodoh dan disebabkan ini ramai di antara anak muda yang menerima tekanan hidup.
Baru-baru ini, telah tular sebuah ciapan mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa kurang senang dengan pilihan ibu bapanya yang mahu menjodohkannya dengan seorang lelaki berusia.
Penat ditanya "bila nak kahwin" oleh ibu bapa, confessor terlepas cakap ibu ayahlah carikan.
Akhirnya diperkenalkan seorang lelaki sebaya ayah confessor. pic.twitter.com/5hsVxeJ3sX
— Emosi (@ConfessTweetMY) December 20, 2022
Melalui ciapan tersebut, perempuan itu telah mempersoalkan adakah umur 28 tahun sudah patut dilabel sebagai anak dara tua?
Oleh kerana sering kali diasak pertanyaan tentang perkahwinan, dia sendiri memaklumkan kepada ibu bapanya untuk mencarikan jodoh buat dirinya.
Dia juga memberitahu bahawa ramai rakan-rakan perempuan yang seusia dengannya juga masih belum mendirikan rumah tangga namun, berbeza dengan ibu ayahnya yang seakan mendesak dirinya untuk berkahwin.
Dirisik lelaki berusia sebaya ayahnya?
TIdak lama selepas itu, datang seorang lelaki yang dipercayai agak lanjut usia dengan tujuan merisik diri gadis tersebut.
“Pakcik tu datang sorang je, tak ada isteri ke saudara teman dia. Cara berbual pun macam dah lama kenal ayah sebab dia cerita pengalaman dorang berdua dulu,” katanya.
Menurutnya, ibu bapanya datang ke bilik tidurnya sebaik lelaki berusia berkenaan pulang dan bertanyakan pendapat namun, sangkaannya ternyata meleset kerana bukan lelaki berkenaan yang ingin dijadikan calon suami.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak menjawab kerana perasaannya sedih bercampur marah kerana tindakan ibu bapanya yang mencari ‘orang tua’ sebagai calon suaminya.
“Panggil lah abang”
“Pendek cerita, pakcik tu pun call dan bertanya sihat atau tidak.. dia cakap panggil abang. Saya terdiam, bulu roma saya merinding seram sejuk apabila dia sebut abang,” ujarnya.
Menurut gadis itu, dilema yang berlaku membuatkan dia mahu merantau jauh, tetapi komitmen hutang membuatkan dia membatalkan hasrat itu.
Tidak dapat dinafikan, lelaki sebaya bapanya itu mempunyai karakter yang begitu disenangi.
“Pakcik tu baik, lemah lembut, kelakar la juga… tapi jarak umur tu yang buat saya ralat. Apa patut saya buat?”
Pehhh agak-agak berapa jarak umur diaorang tu?
Baca : “Pelamin anganku musnah” – [VIDEO] Lelaki Menduda Kali Ke-2 Lepas Pengantin Perempuan Lari Majlis