in

“Saya tak nak kesunyian – Lelaki Rela Biar Mayat Adik Mereput Atas Sofa Selama 4 Bulan

Saya Tak Nak Kesunyian Lelaki Rela Biar Mayat Adik Mereput Atas Sofa Selama 4 Bulan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian insan tersayang adalah sesuatu yang sukar untuk diterima oleh majoriti manusia di dunia ini. Lebih-lebih lagi apabila masing-masing mempunyai hubungan yang sangat rapat.


Perkara lebih kurang sama dilaporkan berlaku di Novomoskovsk, Ukraine apabila seorang lelaki sanggup membiarkan mayat adiknya mereput di atas sofa di kediaman mereka selama empat bulan kerana dia mahukan peneman.

Ukraine E1615014116691

Insiden itu bagaimanapun dibongkar oleh beberapa orang jiran prihatin selepas pasangan adik beradik, Andrey dan Valeriy sudah lama tidak kelihatan.

Menurut Albina, jiran adik-beradik terbabit, sebaik sahaja dia memasuki rumah milik adik-beradik itu, dia terhidu satu bau yang teramat busuk.

Png Transparent Table Couch Bonded Leather Sofa Bed Old Couch Angle Furniture Leather E1615014421497
Gambar hiasan

“Apabila kami masuk ke dalam rumah, serta-merta bau busuk itu dapat dihidu. Kami ternampak susuk manusia terbaring di atas sofa. Ada selimut menutupinya,” kata Albina.

Selepas selimut dialihkan, jiran-jiran yang datang melawat telah menemukan mayat Andrey, 42, yang sudah mereput di atas sofa.

Memetik laporan Daily Star, Valeriy, 52, menjelaskan dia tidak sanggup untuk menanam mayat adiknya yang disyaki meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung pada musim luruh lalu.

Valeriy dikatakan telah melayan mayat Andrey seperti adiknya itu masih hidup. Selain sering berborak dengan mayat Andrey, Valeriy juga dikatakan tidur dan makan berhampirannya selama beberapa bulan.

“Saya tak nak kesunyian,” kata Valeriy.

Depositphotos 225458260 Stock Video Cup Hot Coffee Old Windowsill E1615014514305
Gambar hiasan

Kata seorang jiran lain pula, dia pelik kenapa tingkap rumah pasangan adik-beradik itu sentiasa terbuka sepanjang musim sejuk.

“Saya ingat mereka panas. Tapi mungkin dia (Valeriy) gunakan cara itu untuk memperlahankan proses pereputan mayat,” katanya.

Mayat Andrey akhirnya dibawa oleh pihak berkuasa tempatan ke sebuah rumah mayat dan akan diberikan pengebumian sempurna. Lapor media tempatan, kos pengebumian akan ditanggung oleh daerah itu.

Tiada unsur jenayah dikesan pada mayat dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Daily Star

Baca: “Kerana terlalu sayang” – Lelaki China Sanggup Bekukan Mayat Isteri Selama 50 Tahun

Feature 2 1 E1615013977593

Sumber: Daily Star
Sumber: pngwing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.