in

“Saya tak kena coronavirus semasa di Shanghai” – Pesakit Kes 26 COVID-19 Luah Kisah Sebenar, Mungkin Dijangkiti Wabak Semasa di Malaysia

Covid Usa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan mendadak kes wabak COVID-19 di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia, tambahan apabila ada di antara pesakit yang dijangkiti wabak ni tak ada sejarah perjalanan ke luar negara langsung.


Kes 26 melibatkan chairman UDA, Datuk Hisham Hamdan yang baru-baru ni dilaporkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, antara kes cluster terbesar di Malaysia dan dirujuk sebagai second wave wabak tersebut di negara ini. 

Sehingga kini kontak rapat kes 26 dan generasi kedua wabak tersebut sedang dikesan dan seramai 211 orang sedang menunggu keputusan daripada ujian yang mereka lakukan.

 

Pesakit 26 keluarkan kenyataan peribadi, akui second wave COVID-19 ada kaitan dengannya 

Kesal dengan apa yang berlaku, Datuk Hisham Hamdan iaitu chairman kepada UDA Holdings akhirnya mengeluarkan kenyataan peribadi yang seterusnya viral di Twitter hari ini. 

592257

Menerusi isi kandungan kenyataan tersebut, Hisham pada awalnya mengucapkan terima kasih buat pihak Subang Jaya Medical Center (SJMC) dan doktor-doktor yang terlibat dalam merawatnya serta pesakit lain di sana.

Dia juga mengakui second wave COVID-19 yang berlaku di Malaysia kini mungkin ada kaitan dengan dirinya tetapi ini tidak bermaksud penyakit tersebut berasal daripadanya.

“Arus kedua kes COVID-19 di Malaysia memang ada kaitan dengan saya, yang mana saya fikir ia sangat jelas. 

“Tetapi ada kaitan dan berasal daripada saya itu adalah dua perkara berbeza. 

“Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang berusaha keras dan mereka patut dipuji kerana secara berterusan mencari siapakah ‘Patient Zero’ kepada wabak ini,” katanya.

 

“Tak mungkin saya dapat virus itu dari Shanghai” 

Menerusi kenyataan itu juga Hisham menjelaskan bahawa dia kemungkinan besar tidak mendapat wabak tersebut semasa di Shanghai dan semua ini berlaku selepas dia pulang dari negara tersebut.

“Point seterusnya yang saya nak jelaskan ialah lawatan saya ke Shanghai. Saya di Shanghai untuk menghadiri conference pada 13-17 Januari. Ada dua isu di sini. 

“Pada masa itu, antara kes yang telah disahkan di China ialah daripada kota Wuhan saja, yang mana saya tidak pernah berkunjung ke situ sebelum ini. 

“Memang tak ada sebarang kecurigaan pada masa itu untuk melawat ke Shanghai. 

“Kes pertama yang direkodkan di Shanghai ialah pada 20 Januari. Di Malaysia, pada 25 Januari, seminggu selepas saya pulang dari Shanghai, barulah KKM mengeluarkan kenyataan untuk elak atau tangguhkan dulu perjalanan ke China. 

“Pada 30 Januari, WHO pula baru mengisytiharkan “public health emergency of international concern”. Semua ini berlaku selepas saya pulang dari Shanghai. 

“Isu yang kedua ialah seperti yang kita tahu melalui kajian saintifik dan perubatan, virus ini mempunyai tempoh inkubasi selama 2 minggu. Saya pulang ke Malaysia pada 17 Januari dan baru menunjukkan simptom pada 27 Februari, ia – seperti yang dinyatakan kajian perubatan – tak mungkin saya mendapat virus tersebut daripada lawatan saya di Shanghai.” 

Berikut di bawah kenyataan penuh Datuk Hisham Hamdan yang kini viral di Twitter.

Rata-rata netizen yang membaca kenyataan ini sangat bersimpati dengan apa yang menimpa pesakit ke-26 tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka juga memberikan sepenuh kredit dan pujian buat staf kesihatan yang bertungkus lumus dalam berusaha untuk melawan wabak tersebut.

Semoga kita semua terus dilindungi. Jangan lupa basuh tangan selalu dan elakkan berkunjung ke tempat yang crowded buat masa sekarang. 

Baca: Dah Jumpa PM8 & Ahli Parlimen, Bekas Menteri & Timbalan Menteri Mungkin Dikuarantin Gara-gara Kontak Rapat Pesakit COVID 19?

Menteri

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.