in

“Saya tak faham, saya tiada senjata” – Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bingung Mengapa Dituduh

Syaz Ft 2024 06 20T130621.862

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 17 Mei lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor di mana Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said meninggal dunia selepas diserang seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang.


Semalam, berlangsungnya prosiding pendakwaan bagi lima ahli keluarga suspek kes serangan itu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Artikel berkaitan: “Didakwa 9 pertuduhan” –  5 Ahli Keluarga Lelaki Serang Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Ideologi IS

Artikel berkaitan: Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bukan Anggota JI – KPN

61718777160 Radinimranradinmo

Keadaan menjadi tegang apabila tertuduh pertama Radin Imran Radin Mohd Yasin mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya apabila dia didakwa menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Islamic State (IS).

“Saya tidak faham, saya tidak ada senjata apa,” katanya.

Menurut laporan Astro AWANI, Radin Imran didakwa atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan menggalakkan perbuatan pengganas berkaitan IS kepada semua ahli keluarga.

Radin dengan tegas ketika dikandang mahkamah menyatakan bahawa dia tidak memahami pertuduhan itu dan meminta jurubahasa mengulanginya semula.

Tertuduh mendakwa perkara itu sangat sukar difahaminya kerana dia dan keluarga sudah mula mengasingkan diri sejak tahun 2014.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.