in

“Didakwa 9 pertuduhan” – 5 Ahli Keluarga Lelaki Serang Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Ideologi IS

5 Ahli Keluarga Balai Polis Ulu Tiram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang telah mengorbankan dua orang anggota dan suspek turut ditembak mati di tempat kejadian.


Hari ini, lima ahli keluarga suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi menghadapi beberapa pertuduhan termasuk Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan.

Lima ahli keluarga itu telah didakwa atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).

Artikel berkaitan: Kes Balai Polis Diserang: Keluarga Suspek Tidak Bergaul Dengan Penduduk Setempat

Artikel berkaitan: Tak Boleh Dibawa Masuk Masjid, Jenazah Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dikebumikan Di Kawasan Dijarakkan

Balai

Pertuduhan itu membabitkan bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, dan ibunya, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura.

Selain itu, tiga adik beradik suspek iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 34, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19 turut didakwa.

Radin Imran berdepan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas IS, menyimpan empat senapang angin buatan sendiri, telah berbaiah kepada pemimpin kumpulan IS iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi dan memiliki buku berkaitan IS.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Sungai Tiram, di sini antara hujung tahun 2014 hingga 17 Mei lalu.

Radin Romyullah pula berdepan dua pertuduhan iaitu telah berbaiah kepada pemimpin kumpulan IS iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi dan memiliki ‘hard disc’ yang mengandungi bahan berkaitan IS dan aktiviti kumpulan itu.

Manakala Rosna, ibu kepada suspek serta Farhah Sobrina dan Mariah pula didakwa atas satu pertuduhan masing-masing iaitu dengan sengaja meninggalkan dari memberi maklumat berkenaan kesalahan berkaitan ideologi keganasan.

Sumber: Harian Metro, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.