Inilah namanya “lawak tak kena tempat”! Kalau nak bergurau tu, kena fikir dulu consequences yang boleh jadi dengan gurauan kita tu.
Macam lawak gone wrong remaja ini, apabila dia menolak rakannya dari jambatan setinggi 60 kaki dengan niat untuk bergurau.
Menurut Daily Mail, pada Ogos tahun lalu, sebuah video telah tular di media sosial. Video ini menunjukkan Jordan Holgerson sedang berdiri di atas jambatan setinggi 60 kaki dan berkira-kira sama ada nak terjun atau tidak. Masalahnya kenapa nak buat pun benda bahaya ni?
Dalam video ini, korang boleh dengar orang dekat tepi kira, “3… 2… 1…” tapi Jordan teragak-agak. Tiba-tiba kelihatan tangan seorang remaja Tay’lor Smith menolak Jordan dari jambatan semasa dia sedang tengok air di bawah jambatan tersebut.
Walaupun tolakan Tay’lor ini tak terlalu kuat, ia berjaya buat Jordan hilang keseimbangan dan terjatuh ke dalam air sungai tersebut.
Malangnya, Jordan jatuh dalam keadaan tertiarap dan dadanya terhempas ke atas permukaan air. Hentakan ini, menyebabkan enam tulung rusuknya patah dan tulang itu tertusuk paru-parunya. Kalau korang nak tahu, ketinggian 60 kaki ni sama je sakitnya kalau dia terjatuh atas konkrit. Ouch.
Ekoran dari kejadian ini, Tay’lor telah mengaku bersalah menolak Jordan, tapi dia mengatakan niatnya bukan untuk mencederakan Jordan.
“Saya tak pernah berniat nak cederakan dia atau sesiapa saja. Saya minta maaf kerana ia jadi begini. Saya terima dakwaan terhadap saya dan mengharapkan yang terbaik untuk Jordan dan diri saya sendiri.”
“Ada hari saya rasa dia patut masuk penjara tapi ada hari saya rasa hukuman itu terlalu berat untuknya.”
Jordan kini sudah pulih dari kecederaan yang dialaminya tapi masih menjalani terapi pada bahagian bahu dan mengalami anxiety.
Perbicaraan Tay’lor akan bersambung pada 27 Mac. Kerana Tay’lor telah mengaku bersalah, dia mungkin akan terlepas dari hukuman penjara dan hanya akan ditahan di rumah dan melakukan khidmat masyarakat.
Lepasni kalau nak bergurau tu agak-agaklah. Nasib baik kawan dia hidup lagi dan tak ada apa-apa kecacatan kekal. Kalau tak, macam manalah dia nak teruskan hidup bila fikir apa yang dia dah buat dekat kawan dia tu.