in

“Saya tak ada masalah dengan mereka” – Haziq Hussni Enggan Masuk Campur Kemelut Elly Mazlein & Jihan

Ft Haziq Elly Jihan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut antara dua orang pengacara iaitu Elly Mazlein dan Jihan Muse menjadi tumpuan netizen apabila Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom menemplak Jihan Muse menerusi IG Story miliknya baru-baru ini.

Kak Lina menayangkan keratan video saat Jihan Muse & Haziq Hussni sedang mengacarakan program The Chosen One di mana Jihan Muse ada bercakap tentang seorang pengacara wanita yang suka menyanyi dan menari semasa jadi pengacara ketika Haziq melakukan perkara sedemikian.


Artikel berkaitan : “Takdelah marah” – Nama Bapa Dibuat Main, Azmi Saat Terima Permohonan Maaf Jihan Muse

Artikel berkaitan : “Respect!” – Jihan Muse Bawa Kerusi Oren Naik Pentas AME2021 Dapat Pujian Sebab…

Screenshot 2024 10 01 173229

Tak cukup dengan itu, susulan dengan kejadian itu Haziq Hussni memilih untuk tidak mencampuri hal tersebut. Jelasnya, dia tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua pengacara wanita itu. Bagaimanapun, dia berharap agar mereka dapat selesaikan sendiri sebarang isu yang timbul.

“Saya memang ada jumpa mereka berdua. Saya bersembang sahaja macam biasa dengan Elly dan Jihan tapi saya tidak menyentuh apa-apa tentang isu tersebut.”

“Sewaktu saya berjumpa dengan Elly, dia hanya tanya saya okay atau tidak? Lagi pun Instastory yang dimuat naik Elly pun ada tag nama saya. Saya pun ada baca juga apa yang berlaku.

“Saya pun tak tahu nak beri respon macam mana. Kita biarkan sahaja pada mereka berdua untuk selesaikan masalah ini.”

Screenshot 2024 10 01 173154

Tegas Haziq lagi, dia enggan memberikan sebarang komen kerana perkara yang berlaku itu tiada kaitan dengan dirinya.

“Apa yang berlaku antara mereka saya tidak ikut campur. Pada waktu itu kami hanya mahu memperkenal pemuzik. Saya pun menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar.”

“Situasi itu berlaku ketika waktu rakaman beberapa minggu lalu. Bagi pihak saya, tiada apa yang boleh saya jelaskan kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan itu tetapi Jihan. Jadi saya tak berani nak komen apa-apa untuk pihak mereka. Saya hanya melakukan kerja saya.”

Bagaimanapun, Haziq mengambil iktibar bahawa kontroversi ini dijadikan sebagai pengajaran dan panduan untuknya yang baru sahaja menjinakkan diri dalam dunia pengacaraan.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.