in

“Respect!” – Jihan Muse Bawa Kerusi Oren Naik Pentas AME2021 Dapat Pujian Sebab…

Page Jihan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi telah berlangsungnya pentas Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tagline anugerah itu iaitu #YangFreshYangLegend.


Trofi utama bagi AME2021 iaitu Top Top MeleTOP telah dimenangi oleh Khai Bahar (kategori lelaki) Shiha Zikir (kategori perempuan). Sementara itu, seperti yang dijangka peminat, kumpulan Dolla pula meraih anugerah pertama mereka bagi kategori grup/duo.

Bermacam-macam aksi dan juga gelagat di pentas AME2021 yang dikongsikan oleh peminat di media sosial masing-masing, namun satu klip dari TikTok MeleTOP sendiri @mymeletop mencuri perhatian min lagi-lagi melibatkan Jihan Muse!

@mymeletop

Sampai angkat kerusi tu 🤣🤣🤣 Tahniah @jihanmuse menang Kategori Personaliti TV MeleTOP. ✨ #AME2021 #TetibaAME2021 #YangFreshYangLegend

♬ original sound – MeleTOP – MeleTOP

“See her level! Sampai bawak kerusi oren!”

Jihan Muse yang juga merupakan salah seorang pengacara bagi pentas AME2021 bersama dengan Nabil Ahmad dan juga Sherry Al-Hadad berjaya membawa pulang anugerah bagi kategori Personaliti TV MeleTOP menerusi penampilannya dalam Gegar Vaganza musim ketujuh.

https://www.instagram.com/p/CeKsL_Nv7Qb/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Tahniah diucapkan!

Tapi, apa yang mencuri tumpuan min dan juga orang ramai adalah apabila Jihan Muse bertindak membawa naik kerusi oren bersamanya untuk ke atas pentas. Aksinya itu telah mengundang pujian orang ramai sebab…

“Dia bawak kerusi naik sebab nak elak pegang pengiring lelaki tu. Yelah, bukan mahram kan…” – Komen netizen

Jihan Full

Jihan Muse yang juga isteri kepada pelakon Ungku Hariz kini difahamkan sedang hamil anak kedua selepas empat tahun menimang cahaya mata sulung iaitu Ungku Arsalam Haq. Tahniah diucapkan sekali lagi untuk Jihan!

Korang rasa anak kedua Jihan ni baby girl ke baby boy?

Baca: Adibah Noor Nak Guna Duit Menang GV8 Untuk Langsai Hutang, Tebus Barang Kemas

Untitled 2 12

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.