in

“Cinta padang polo” – Raja Permaisuri Kongsi Cerita Cinta Dengan YDP Agong, Berbalas Surat Setiap Minggu

Ydp Agong 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suka tengok sifat rendah diri dan ‘sempoi’ Raja Permaisuri Agong kita kan? Lagi pulak, Tunku Azizah Aminah Maimunah mempunyai perwatakan yang lemah lembut, berjiwa rakyat dan juga suka buat lawak.


Terbaru, rakyat rasa seronok mendengar kisah cinta di antara Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong kita ni yang dikongsi Tunku Azizah.

Agong2
sumber: facebook

 

Ibu bapa sangat tegas

Menurut Tunku Azizah kedua-dua ibu bapanya sangat tegas dan disebabkan itu, selama 13 tahun baginda mengenali Tuanku, mereka tidak pernah pergi keluar ‘dating’.

Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada.”

Parents Johor
sumber: instagram

 

Jumpa sebab perlawanan polo

Jika bukan kerana Pahang dan Johor sering berlawan sukan polo, kedua-duanya tidak akan dapat berjumpa. Setiap kali ada perlawanan polo, barulah Tunku Azizah dapat bersua muka dengan Tuanku di padang.

Kita dapat jumpa pun pasal Johor dengan Pahang selalu lawan polo. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo.”

Ydp6
sumber: blog

 

Hanya berbalas surat

Kerana zaman dahulu tiada teknologi seperti emel dan telefon bimbit, baginda dan Tuanku hanya berkomunikasi melalui surat. Menurut Tunku Azizah, sampai hari ini dia masih simpan surat-surat cinta mereka berdua. Sempat juga baginda berseloroh mahu sebarkan surat tersebut kalau Tuanku ‘buat hal’. Haha! 

Ydp5
sumber: kosmo

 

Ketika Tuanku masih belajar, berbalas surat setiap minggu

Jarang sekali dapat bertemu apatah lagi buat panggilan telefon kerana caj yang mahal, jadi baginda berbalas surat setiap minggu ketika Tuanku melanjutkan pengajiannya di England.

Seminggu sekali, dapat balas. Tiap-tiap minggu ada surat. Hantar gambar, hantar surat.”

 

 

“Tulis surat pandai tapi bila jumpa senyap…”

Tuanku masa saya berkenalan tu, tulis surat pandai, telefon pandai, tapi bila jumpa senyap. Duduk belakang kereta.”

Menurut Tunku Azizah, Tuanku merupakan seorang jejaka yang sangat pemalu orangnya. Tapi sebaliknya, baginda pula berperwatakan ceria dan ‘potpet’.

Ydp3

Ydp1
sumber: facebook

 

“Suami yang bertanggungjawab…”

Seorang ayah yang begitu baik, yang tak pernah jerit dekat anak. Marah anak pun tak ada.”

Ydp
sumber: blog

Ydp8

Ydp9

Ydp7
sumber: instagram

 

Tonton video di bawah:

Kisah cinta padang polo Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

"Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Kita dapat jumpa pun pasal Johor dengan Pahang selalu lawan polo. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo," kata Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Posted by Utusan Online on Sunday, July 28, 2019

 

Comelnya! Moga YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong kekal bahagia hingga ke akhir hayat…

Baca: “Relationship goals betul, Tuanku” – Netizen Tersengih Tengok Aksi Comel Spontan Raja Permaisuri Agong

11111111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.