in

“Saya suka keyakinan kamu” – Gadis Ini Beri Inspirasi Kepada Ramai Untuk Tampil Yakin Melalui Instagram

Fe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ledakan media sosial Instagram telah melahirkan gadis-gadis jelita yang digelar sebagai ‘instafamous‘. Disebabkan kejelitaan dan gaya hidup yang dipaparkan instafamous ini, mereka mempunyai ramai pengikut di Instagram serta kebanyakan dari remaja zaman sekarang menjadikan mereka idola kerana turut sama mahu kelihatan cantik dan menawan.


Namun berbeza pula dengan instafamous dari Sabah ini kerana wajah cantik dan menawan bukanlah tiket untuk dia tampil yakin di media sosial. Malah dia menjadi instafamous kerana memuat naik selfie dan tanpa segan silu sering memaparkan gambar-gambarnya tanpa secalit solekan di Instagram. 

Charisa 4
sumber: instagram

Charisa Debully Francis yang dilahirkan di Kota Kinabalu tidak kisah jika dirinya menjadi ejekan masyarakat oleh kerana keadaan wajahnya yang penuh berjerawat. Malah, disebabkan keyakinannya itu, gadis berusia 18 tahun ini mempunyai seramai 15,000 pengikut di Instagram!

Malah, oleh kerana niat murninya membantu beri inspirasi kepada gadis lain untuk bangkit dan yakin dengan diri sendiri, Charisa Debully menjadi ikutan netizen.

“Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya.

“Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ringgit untuk memiliki kulit wajah yang sihat,” katanya kepada mStar.

Charisa 1
sumber: instagram

Tambah Charisa lagi, memang hatinya pedih apabila ada yang mengejek namun dia memilih untuk melayan mereka dengan baik sahaja. Baginya, mereka tidak memahami masalah jerawat yang tumbuh di wajah hasil dari faktor keturunan dan hormon.

Dia yang juga menuntut di Institut Seni Sabah dalam jurusan Diploma Muzik (Piano) telah menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan mesej kepada remaja lain bahawa kecantikan bukan bergantung kepada paras rupa semata-mata, namun sikap yang positif membuatkan diri seseorang itu lebih berharga.

Charisa 7
sumber: instagram

Menurut Charisa yang juga mesra digelar Chacha, jerawat pada wajahnya mulai tumbuh dengan banyak sejak tahun lalu ketika dia menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal tersebut diakui memberi tekanan kepadanya kerana sering ditegur rakan-rakan. Alahai kesiannya! 

Bukan Chacha tidak pernah ke doktor untuk merawat keadaan wajahnya, namun dia pernah mengalami muntah-muntah akibat mengambil enam biji ubat antibiotik sehari bagi merawat jerawat tersebut.

“Saya berhenti makan ubat yang disyorkan doktor selepas seminggu kerana sering muntah-muntah.

“Siapa tidak tertekan bila ada masalah macam ini, tapi saya selalu nasihatkan orang lain untuk jadi diri sendiri dan rapatkan hubungan dengan Tuhan serta keluarga supaya tidak terus sedih,” katanya lagi.

Charisa 6
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, kata-kata ejekan itu kini sudah semakin berkurang kerana ramai pengikut di Instagram Chacha sering memberi kata-kata positif selain turut berkongsi masalah yang sama dihadapi oleh mereka.

Komen Chacha
sumber: instagram

Jangan mudah rendah diri kerana paras rupa. Kecantikan itu kan hak milik setiap insan? Yang penting hati mau bersih tau! 

Baca: Dulu Dibuli Dan Diejak ‘Monster’ Oleh Rakan Sekolah, Kini Calon Ratu Cantik Malaysia

Cantik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.