in

“Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti” – Ibu Syamsul Yusof ‘Back Up’ Menantu Isu Nusyuz

Puteri Sarah Dan Mentua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari semalam, kecoh diperkatakan mengenai tindakan pengarah tersohor, Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Menurut Syamsul, antara sebab utama dia memfailkan permohonan tersebut ialah kerana dia mendakwa Sarah masih berhubung dengan bekas kekasihnya.


Whatsapp Image 2023 03 21 At 7.26.04 Pm E1679403877760 1024X649 1

Puteri Sarah persoal kenapa baru sekarang failkan nusyuz 

Namun dakwaan tersebut telah disangkal oleh Puteri Sarah yang juga mempersoalkan mengapa suaminya itu baru sekarang ingin memfailkan tuntutan nusyuz.

Menurut Kosmo, pelakon wanita berkenaan yakin dia berada di pihak yang benar dan tidak takut dengan tuntutan yang dibuat Syamsul.

Kl15 16012023 Cerai 2895013 20230116164043

Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi?

“Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar.

“Cuma saya ingin ingatkan yang mereka (Syamsul dan pihak ketiga) sekarang ini sedang dalam siasatan di bawah satu akta kesalahan jenayah syariah,” kata Puteri Sarah.

“Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti” 

Tampil memberi sokongan, ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail menerusi ruang komen sebuah portal hiburan telah meninggalkan kata-kata semangat buat menantunya itu.

Menurut Datin Patimah, apa yang berlaku merupakan hasutan orang ketiga dan Allah SWT bersama orang-orang yang teraniaya.

https://www.instagram.com/p/CqDGp0zSw8U/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Datin Patimah

Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti, ini semua hasutan orang ketiga, Allah bersama orang-orang yang teraniaya!” tulisnya.

Komen Datin Patimah telah mendapat pelbagai pujian daripada netizen dengan mengatakan Sarah beruntung mendapat ibu mentua yang sentiasa menyebelahinya.

Datin Mentua

Apa-apapun kita doakan sahajalah yang terbaik buat kedua-dua pihak. Moga-moga Ramadan kali ini dapat melembutkan hati masing-masing. 

Baca: Syamsul Yusof Failkan Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Masih Contact Ex-BF

Ft Syamsul Yusof Puteri Sarah

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.