Baru-baru ini, anak kepada arwah pelawak terkenal, Hamdan Senario telah memuat naik satu hantaran yang menyentuh hati di laman TikTok.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh @natasyahmdn, dia berkongsi serba sedikit tentang peribadi arwah ayahnya yang suatu ketika dahulu cukup dikenali sebagai pelawak terkenal.
“Saya sayang babah, semoga berjumpa kembali di syurga,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, @natasyahmdn turut mendedahkan bahawa semasa kecil, dia memilih untuk merahsiakan identiti bapanya sebagai seorang artis kerana takut dengan pandangan dan kata-kata orang sekeliling.
“I membesar dengan kehidupan yang i taknak tahu siapa ayah saya. Sebab ada beberapa perkara yang mereka cakap yang saya ingat sampai hari ini,” katanya.
Bagaimanapun, dia turut berkongsi bahawa arwah bapanya seorang yang sangat penyayang. Malah, arwah sering menasihatinya supaya tidak peduli dengan apa yang diperkatakan orang.
“Babah baik, dia hanya cakap, ‘Biar adik, biar sahaja orang nak cakap apa’.”
“Bila masuk sekolah menengah, saya rasa nak rahsiakan life dari orang. I tak pernah post pasal ayah sebab i taknak orang tahu siapa ayah I,” jelasnya.
Kini, setelah pemergian arwah bapanya, @natasyahmdn mengakui rasa kesal sering menghantui dirinya kerana jarang berkongsi tentang bapanya di media sosial.
“Tetapi i menyesal tak post pasal ayah, sampailah dah terlambat. Until one day, I lost him.”
“I love you babah. I bagitahu abang, I nak suami macam ayah,” luahnya dengan penuh emosi.
Artikel berkaitan: Menang Artis Komedi Popular ABPBH, Senario Bakal Serah Trofi Kepada Keluarga Arwah Hamdan
Artikel berkaitan: “Nada melawak tak sangka memang betul” – Ahli Senario Akui Terkesan Kehilangan Hamdan
Setakat ini, hantaran tersebut telah mendapat 64,000 likes. Tidak hairanlah, luahan hati tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman mereka sendiri.
Seorang pengguna TikTok, Fifah Yussof, turut berkongsi rasa kesalnya tidak merakam lebih banyak kenangan bersama bapanya:
“Sis, u so lucky to have more memorable pictures with ur dad ❤️. As me, still digging memories wif my dad even he already passed away 10 yrs ago ?. Rasa menyesal sangat tak ambik banyak gambar dengan arwah.”
Seorang lagi pengguna, mengenang bakat arwah Hamdan semasa zaman kegemilangan Senario:
“Hi, just want to say, masa dalam Senario, akak paling suka watak babah awak. Terutama kalau dia bawa watak mak-mak atau makcik-makcik?. Kalau nyanyi pun, bagi akak suara babah awak paling best.”
Hantaran ini menjadi peringatan buat kita semua agar sentiasa menghargai mereka yang kita sayangi selagi mereka masih ada.
Jangan sesekali ragu untuk meluahkan kasih sayang dan penghargaan, kerana kita tidak tahu bila saat terakhir mereka bersama kita.
Semoga arwah Hamdan Senario ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.